MALAYSIA
Dua kanak-kanak perempuan hilang ditemukan selamat selepas hampir 24 jam
Kedua-dua kanak-kanak itu kesejukan ketika ditemui, namun tiada kecederaan dilaporkan setakat pemeriksaan awal. - Gambar/ Astro AWANI
SANTUBONG: Dua kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang sejak semalam di Kampung Pasir Pandak akhirnya ditemukan selamat pagi ini selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan oleh pasukan keselamatan bersama penduduk kampung.
Ringkasan AI
Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching, Deputi Superentenden Zamry Alli berkata, kedua-dua mangsa ditemukan kira-kira 9 pagi oleh penduduk kampung di kawasan dikenali sebagai Batu Merah, di hujung kampung.
“Operasi SAR pagi ini berjaya menjumpai dua kanak-kanak berusia lima tahun itu yang dilaporkan hilang. Mereka ditemui dalam keadaan baik dan telah dibawa keluar dari kawasan itu serta diserahkan kepada pihak polis,” katanya.
Beliau berkata kedua-dua kanak-kanak itu kesejukan ketika ditemui, namun tiada kecederaan dilaporkan setakat pemeriksaan awal.
“Menurut penduduk yang menemui mereka, dua-duanya dalam keadaan kesejukan. Alhamdulillah, nampaknya sihat dan tiada kecederaan. Walau bagaimanapun, mereka akan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana itu adalah prosedur,” tambahnya.
Pihak polis turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi keselamatan serta penduduk kampung yang turun membantu operasi SAR yang berlangsung hampir 24 jam sejak laporan kehilangan dibuat.
Kedua-dua kanak-kanak dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan lanjut.
Malam tadi, pasukan SAR menghadapi cabaran cuaca hujan lebat dan jarak penglihatan terhad memaksa operasi ditangguhkan pada pukul 11.40 malam, sebelum diteruskan semula 8 pagi tadi.
Terdahulu, dua kanak-kanak itu dilaporkan keluar menuju ke rumah nenek yang terletak berhampiran rumah mereka pada jam 9 pagi semalam, untuk bermain bersama sepupu.
Namun pada 11 pagi, bapa salah seorang mangsa menyedari mereka tidak berada di kawasan permainan. Usaha pencarian awal oleh keluarga di sekitar kampung tidak menemui sebarang petunjuk.
Susulan itu pencarian besar-besaran oleh keluarga dan penduduk kampung digerakkan sehingga 4 petang, namun kedua-duanya masih gagal ditemui sehingga 6 petang, sebelum laporan polis dibuat untuk memohon bantuan agensi penyelamat.
Ringkasan AI
- Dua kanak-kanak perempuan hilang di Kampung Pasir Pandak ditemui selamat selepas operasi SAR berlangsung hampir 24 jam.
- Mangsa berusia lima tahun ditemui dalam keadaan baik di kawasan Batu Merah tanpa kecederaan yang ketara.
- Pencarian besar-besaran dan bantuan penduduk kampung serta agensi keselamatan membantu dalam operasi penyelamatan yang berjaya.