awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini

Astro Awani
Astro Awani
17/10/2023
23:30 MYT
Dua kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini
Sejumlah 54 kawasan mencatatkan bacaan sederhana termasuk Shah Alam dan Petaling Jaya di Selangor. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Klang di Selangor dan Tangkak di Johor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 7 pagi ini, masing-masing pada 153 dan 112.
Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), 56 lagi kawasan di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak merekodkan bacaan IPU sederhana (51-100).
Ia termasuk Seri Manjung di Perak (99), Petaling Jaya (95) di Selangor, serta Banting dan Johan Setia (MCAQM) di Selangor dan Cheras di wilayah Persekutuan - semuanya merekodkan bacaan 94.
Pada masa sama, 10 kawasan lain mencatat bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.
Ia termasuk Langkawi di Kedah (18), Kangar di Perlis (22) dan Kimanis di Sabah (26).
Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 adalah berbahaya.
Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#jerebu
#IPU
#paras bahaya
#kualiti udara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan