Skip to main content

Malaysia

Dua kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini

Sumber: BERNAMA
Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 150, diikuti Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serian, Sarawak dengan bacaan 121. - Foto fail/BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Dua kawasan di dua negeri mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat enam pagi ini.

Menurut data Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 150, diikuti Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serian, Sarawak dengan bacaan 121.

Sementara itu, sebanyak 59 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana.

Lima kawasan lagi merekodkan bacaan IPU pada tahap baik.

Berdasarkan klasifikasi APIMS, bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara yang beroperasi di seluruh negara.

 

 

Must Watch Video

Advertisement