Skip to main content

Malaysia

Dua kawasan di Alor Gajah dilanda banjir

Threads nawrashayanggg
Pihak berkuasa sedang memantau keadaan banjir di kawasan Masjid Tanah. - Gambar/ Threads nawrashayanggg
Advertisement

ALOR GAJAH: Dua kawasan di Alor Gajah di sini dinaiki air susulan hujan lebat berterusan lebih enam jam sejak 6 pagi pagi tadi.

Pengarah APM Melaka Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata hingga 12.30 tengah hari tadi, kawasan terjejas banjir ialah Taman Ria Masjid Tanah dan Jalan Bandar Baru Masjid Tanah, namun jumlah penduduk atau rumah terjejas masih belum diperoleh.

"Kawasan berkenaan dinaiki air susulan hujan lebat berterusan menyebabkan paras air sungai atau parit melimpah.

"Bagaimanapun, setakat ini tiada pusat pemindahan sementara dibuka dan pemantauan berterusan di kawasan yang terlibat sedang dilakukan oleh anggota APM serta agensi berkaitan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hujan lebat berterusan turut dilaporkan berlaku di Melaka Tengah dan Jasin namun setakat ini tiada kawasan dilaporkan dinaiki air.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement