awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang

Sinar Harian
Sinar Harian
19/04/2022
23:05 MYT
Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang
20 anggota bomba ditugaskan memadam kebakaran dan menyelamat susulan kejadian kebakaran di jalan Pejabat Loko, Kampung Dalam Rhu, Tumpat, pada Selasa. - Foto JBPM/Sinar Harian
TUMPAT: Dua buah keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka terbakar dalam kejadian di jalan Pejabat Loko, Kampung Dalam Rhu di sini pada Selasa.
Bagaimanapun, kejadian jam 3 petang itu tidak melibatkan kemalangan jiwa apabila kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Penolong Penguasa Bomba Wan Baijuri Wan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.06 petang.
"Seramai 20 anggota termasuk pegawai telah dikejarkan ke lokasi untuk kerja-kerja memadam kebakaran dan menyelamat," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Menurutnya, kebakaran tersebut berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 4.30 petang.
Beliau berkata, punca dan anggaran kerugian akibat kebakaran itu masih lagi dalam siasatan.
Dalam perkembangan lain, Wan Baijuri berkata, sebuah lagi rumah telah terbakar di belakang Sekolah Kebangsaan Berangan pada jam 4.25 petang.
"Setiba di lokasi, kami dapati sebuah rumah banglo dua tingkat telah terbakar.
"Kebakaran tersebut melibatkan 50 peratus rumah banglo dan kerja-kerja memadam kebakaran masih lagi berjalan ketika ini," katanya.
*Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tinggal sehelai sepinggang
#kebakaran
#rumah terbakar di Tumpat
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan