Dua kemalangan jalan raya sebabkan kesesakan di Lebuhraya PLUS

Bernama
Mei 5, 2022 03:40 MYT
Aliran trafik di lebuh raya utama yang lain termasuk di sekitar Lembah Klang dilaporkan bergerak lancar dan terkawal. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori di laluan Paguh-Yong Peng di KM115.9 Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) telah mengakibatkan kesesakan trafik sejauh 3.3 kilometer arah selatan lebuh raya itu pagi ini.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di laman Twitter melaporkan terdapat juga kemalangan di laluan Tapah-Gopeng di KM308.5 arah utara menyebabkan lorong kanan terhalang.
"Kemalangan tersebut (laluan Tapah-Gopeng) menyebabkan kesesakan berlaku sepanjang 2.8 kilometer arah utara," demikian menurut laporan tersebut.

8.55amPLUS@E1 : Terdapat kemalangan di laluan Tapah - Gopeng (KM 308.5 arah Utara). Lorong kanan terhalang. Trafik sesak di kedua-dua arah, 5.4 km arah Selatan & 2.8 km arah utara. Hati-hati memandu.

— LLM Trafik (@LLMinfotrafik) May 5, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Aliran trafik di lebuh raya utama yang lain termasuk di sekitar Lembah Klang dilaporkan bergerak lancar dan terkawal pada hari keempat sambutan Aidilfitri, hari ini.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik.
-- BERNAMA
#kemalangan #kesesakan trafik #lebuh raya #PLUS