KUALA LUMPUR: Tentera Darat Malaysia mengesahkan bahawa dua kejadian kerosakan kenderaan Tentera Darat yang terlibat dengan raptai Sambutan Hari Kebangsaan 2022.
Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kejadian pertama berlaku pada semalam melibatkan sebuah kenderaan PT-91M Pendekar yang terlibat dalam acara perbarisan sambutan itu mengalami kerosakan di Jalan Damansara susur keluar Carcosa ke KL Sentral, di sini.
Menurut kenyataan itu, PT-91M Pendekar baru sahaja selesai menjalani raptai perbarisan itu dan dalam perjalanan ke tempat parkir Kenderaan Jenis A (KJA) sebelum berhenti secara tiba-tiba akibat masalah enjin yang dihadapi pada 10.30 pagi itu.
"Armoured Recovery Vehicle telah diaturgerakkan memberi bantuan menarik kenderaan itu dan telah berjaya dialihkan ke tempat parkir KJA di Muzium Negara, di sini pada 11 pagi itu untuk kerja-kerja pembaikan.
"Kejadian kedua berlaku pada hari ini iaitu pada 11.26 pagi tadi di Muzium Negara melibatkan sebuah Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai yang dalam perjalanan balik ke Kem Perdana Sungai Besi mengalami masalah enjin tidak dapat dihidupkan," menurut kenyataan itu.
Berikutan itu, anggota mekanik diatur gerak ke lokasi dan membuat kerja pembaikan dan kenderaan tersebut siap dibaiki pada 12.30 tengah hari tadi dan meneruskan kembali perjalanan.
"Untuk makluman, sebanyak 129 aset kenderaan tentera darat terlibat dalam perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2022.
"Oleh yang demikian, Tentera Darat memohon maaf susulan dua insiden yang berlaku," menurut kenyataan itu.
Tentera Darat juga akan memastikan kejadian sedemikian tidak berulang dan jika berlaku, Recovery Team bersama Kembalik (kenderaan trak tunda tentera) yang telah berada di lokasi berhampiran akan bertindak pantas menunda kenderaan tersebut bagi mengelak kesesakan lalu lintas. - BERNAMA
Bernama
Sat Aug 27 2022
Tentera Darat Malaysia mengesahkan bahawa dua kejadian kerosakan kenderaan Tentera Darat yang terlibat dengan raptai Sambutan Hari Kebangsaan 2022.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
Anggota Tentera Darat ditemukan lemas di Tasik Empangan Linggiu
Mangsa dijumpai oleh unit skuba pada kedalaman 13 meter dengan kedudukan kira-kira tujuh meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.
PRU15: Tentera Darat nafi kenyataan tular
TDM menafikan kenyataan yang tular di media sosial kononnya PTD membenarkan Menteri Kanan Pertahanan untuk berkempen di mana-mana kem tentera darat.
TikTok tular: Askar lakukan pendaratan payung terjun video lama
Penerjunan itu dilakukan ketika eksesais yang diadakan di Medan, Indonesia pada 7 hingga 12 Jun 2013.
TDM bina jambatan sementara ke SJSM
Jambatan 'Compact Bailey 200' itu sangat penting sebagai laluan pekerja TNB ke SJSM yang kini terpaksa menggunakan bot.
TDM pantau warga bermasalah elak jejas penugasan - PTD
Nasihat dan sesi bimbingan kaunseling juga dijalankan bagi memastikan pegawai dan anggota TDM sentiasa berada dalam keadaan baik sama ada dari aspek fizikal, mental dan rohaniah.
Tarantula, kenderaan berperisai mobiliti tinggi pertama negara
Kereta perisai ini telah melalui pelbagai ujian dari pasukan Tentera Darat serta Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi, Kementerian Pertahanan.
Pengambilan perajurit muda Tentera Darat tidak dikurangkan
Jumlah pengambilan perajurit muda tidak akan dikurangkan meskipun negara sedang berdepan pandemik COVID-19, kata Panglima Tentera Darat Jen Datuk Zamrose Mohd Zain.
Tentera Darat dan PDRM bekerjasama sekat kegiatan Daish
Tentera Darat turut terbabit dalam usaha membanteras kegiatan pengganas Daesh di negara ini walaupun tidak secara langsung.
Dakwaan anggota tentera terbunuh hanya taktik musuh - Panglima Tentera Darat
Panglima Tentera Darat Malaysia hari ini berkata laporan media Filipina tentang lapan anggota keselamatan negara terbunuh, hanyalah taktik untuk lihat reaksi Malaysia.
Lembaga Siasatan Dalaman TDM ditubuh siasat insiden tentera ditembak di sempadan
Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menubuhkan sebuah Lembaga Siasatan Dalaman bagi menyiasat secara terperinci insiden anggotanya yang cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand baru-baru ini.