awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kereta, enam motosikal musnah dalam kebakaran

Bernama
Bernama
20/06/2021
13:43 MYT
Dua kereta, enam motosikal musnah dalam kebakaran
Enam motosikal dan dua kereta musnah dalam kebakaran di kawasan parkir Kondominium Villa Emas. - Gambar/ Ihsan pembaca
GEORGE TOWN: Enam motosikal dan dua kereta hangus dalam kebakaran di kawasan parkir Kondominium Villa Emas, Persiaran Bayan Indah, Bayan Lepas dekat sini hari ini.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Azrul Khairi Abu Bakar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 3.06 petang dan sebaik tiba di lokasi kejadian, bomba mendapati lapan kenderaan sedang terbakar.
"Dua kereta dan enam motosikal di kawasan parkir kondominium itu hangus dalam kebakaran, dan pihak bomba berjaya mengawal api daripada merebak di parkir berkenaan pada pukul 3.22 petang," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya api berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira setengah jam kemudian dan operasi pemadaman turut dibantu BBP Jalan Perak dan Pasukan Bomba Sukarela yang berdekatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Kamarul Rizal Jenal ketika dihubungi mengesahkan kejadian, dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran itu.
"Kita terima maklumat pada pukul 3.05 petang berlaku kebakaran di sebuah kondominium yang mengakibatkan enam buah motosikal dan dua buah kereta terbakar, pihak bomba sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran dan kami akan menyiasat sama ada ia berunsurkan khianat atau berpunca dari faktor lain," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kereta terbakar
#motosikal terbakar
#kebakaran
#parking
#Kondominium Villa Emas
#Bayan Lepas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan