Skip to main content

Malaysia

Dua kereta tertimbus tanah runtuh di Tanjung Tokong, tiada mangsa terlibat

Dua buah kereta mengalami kerosakan teruk selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh berhampiran 33 Leisure Bay Kondominium, Jalan Tanjung Tokong, Tanjung Bungah hari ini. - Foto Sinar Harian
Dua buah kereta mengalami kerosakan teruk selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh berhampiran 33 Leisure Bay Kondominium, Jalan Tanjung Tokong, Tanjung Bungah hari ini. - Foto Sinar Harian

Advertisement

GEORGE TOWN: Dua buah kereta mengalami kerosakan teruk selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh berhampiran 33 Leisure Bay Kondominium, Jalan Tanjung Tokong, Tanjung Bungah di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan 6.50 petang, sebelum jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal, tiba di lokasi pada 7 malam.

“Sebaik tiba mendapati dua buah kereta masing-masing jenis BMW dan Honda City telah tertimbus akibat tanah runtuh di situ serta pemeriksaan awal mendapati tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu.

“Operasi menyelamat dan pemantauan masih dijalankan dengan kekuatan enam anggota termasuk penyelia serta sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta bantuan pihak polis di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata sehingga pukul 7.45 malam ini, operasi pihak bomba masih dijalankan di lokasi kejadian dan punca kejadian masih dalam siasatan.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement