MALAYSIA
Dua kes kematian akibat COVID-19 direkodkan tahun ini
Lukanisman berkata hingga 16 Ogos lepas, sebanyak 41,814 kes COVID-19 dilaporkan di seluruh negara berbanding 83,018 kes dalam tempoh sama tahun lepas, dengan kebanyakan kes bergejala ringan. - Gambar/ JaPen
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan dua kes kematian akibat COVID-19 setakat Minggu Epidemiologi ke-33 (ME-33) tahun ini, berbanding 58 kes kematian dilaporkan sepanjang tahun lepas, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni.
Ringkasan AI
Beliau berkata hingga 16 Ogos lepas, sebanyak 41,814 kes COVID-19 dilaporkan di seluruh negara berbanding 83,018 kes dalam tempoh sama tahun lepas, dengan kebanyakan kes bergejala ringan.
"Selari dengan situasi global, terdapat peningkatan kes di negara ini bermula 6 April 2025. Peningkatan kes dikaitkan perubahan subvarian dengan kebanyakan kes bergejala ringan dan vaksin sedia ada masih mampu memberikan perlindungan terhadap subvarian ini.
"Tahap ancaman varian COVID-19 terkini terhadap golongan berisiko adalah rendah dan terkawal kerana Malaysia kini berada dalam fasa hidup bersama COVID-19, iaitu penyakit ini dikendalikan sebagai sebahagian daripada jangkitan saluran pernafasan seperti influenza dan jangkitan virus yang lain," kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) yang ingin tahu tahap ancaman varian COVID-19 yang terkini kepada golongan berisiko tinggi memandangkan negara mencatatkan kematian pertama pada tahun ini.
Menjelas lanjut, Lukanisman berkata walaupun trend peningkatan atau penurunan kes suatu perkara biasa, komplikasi masih boleh berlaku, khususnya dalam kalangan golongan berisiko seperti warga emas dan individu dengan komorbiditi.
Sehubungan dengan itu, beliau berkata KKM sentiasa memantau situasi semasa COVID-19 di dalam dan luar negara, termasuk pelaksanaan penjujukan genomik bagi mengesan kewujudan varian atau subvarian baharu yang boleh menjejaskan kesihatan awam.
Beliau berkata pemberian vaksin COVID-19 secara sukarela dan percuma diteruskan di fasiliti kesihatan terpilih dan KKM terus menyalurkan maklumat dan syor terkini berdasarkan penilaian risiko semasa.
"Ini termasuk langkah-langkah pencegahan yang boleh diamal oleh masyarakat seperti pengambilan vaksin, terutamanya kepada golongan berisiko, amalan kebersihan kendiri, etika batuk dan bersin dan pemakaian pelitup muka apabila bergejala atau berada di tempat sesak," kata beliau.
Menjawab soalan tambahan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) mengenai status vaksinasi dua kes kematian yang direkodkan tahun ini, Lukanisman memaklumkan bahawa kedua-dua individu terbabit tidak menerima vaksin COVID-19 yang terkini.
Bagi soalan tambahan Ismail Sabri berkenaan kesan jangka panjang pengambilan vaksin yang telah dikenal pasti oleh KKM, Lukanisman berkata KKM telah mengambil beberapa tindakan dan semakan berkenaan dakwaan kesan pemberian vaksin COVID-19.
Beliau berkata setakat ini, kerajaan sedang meneliti pelbagai kajian berkaitan kesan jangka panjang vaksin, termasuk data berkaitan kes-kes selepas jangkitan COVID-19.
"Sememangnya isu berkenaan vaksin ini telah pun kita kemukakan dalam Kertas Putih Kesihatan yang telah dibentangkan pada dua tahun lepas dan kita juga masih menjalankan kajian berkenaan kesan jangka panjang vaksin," kata beliau.
Beliau berkata vaksin COVID-19 yang digunakan semasa pandemik membantu mengurangkan kadar kematian dan memberikan perlindungan kepada rakyat ketika itu, maka sekiranya terdapat kemudaratan yang disebabkan COVID-19, KKM mempunyai senarai dalam Kertas Putih Kesihatan untuk memberikan pampasan sekiranya dakwaan berkenaan benar.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Malaysia merekodkan dua kes kematian akibat COVID-19 setakat Minggu Epidemiologi ke-33 tahun ini, berbanding 58 kes pada tahun lepas, dengan kebanyakan kes bergejala ringan dan tahap ancaman varian terkini terhadap golongan berisiko adalah rendah serta terkawal.
- KKM terus memantau situasi semasa termasuk penjujukan genomik, dan meneruskan pemberian vaksin secara sukarela dan percuma di fasiliti kesihatan terpilih, selain menyalurkan maklumat serta syor terkini berdasarkan penilaian risiko.
- Kedua-dua kes kematian tahun ini melibatkan individu yang tidak menerima vaksin COVID-19 terkini, dan KKM sedang meneliti kajian kesan jangka panjang vaksin serta menyediakan mekanisme pampasan seperti yang digariskan dalam Kertas Putih Kesihatan.