KOTA KINABALU: Dua kluster dikesan di Sabah melibatkan jangkitan di tempat kerja.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata kluster-kluster itu dikenali sebagai Kluster Bukit Quoin dan Kluster Jalan Damai, di daerah Tawau.
"Kes indeks merupakan Pembantu Pertanian di Stesen Penyelidikan Pertanian Bukit Quoin yang disahkan positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 1 April.
"Saringan tempat kerja dan kontak rapat setakat ini mengesan 11 kes termasuk tiga pekerja di stesen berkenaan," katanya.
Kluster Bukit Quoin telah mencatat tujuh kes baharu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 11 kes.
Manakala, bagi Kluster Jalan Damai Tawau yang melibatkan Mukim Sri Tanjung merekodkan tiga kes baharu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 14 kes.
"Kes indeks merupakan juruaudit di syarikat percukaian yang dikesan positif COVID-19 melalui saringan bergejala pada 11 April.
"Jangkitan kemudiannya menular di sebuah premis agensi Kerajaan Pusat di Tawau melalui adik kepada kes indeks yang telah disahkan positif pada 14 April.
"Saringan kontak rapat mendapati 12 lagi kes positif termasuk empat kes rakan sekerja di agensi terbabit," katanya.
Aktiviti pengesanan kontak rapat dan punca jangkitan kedua-dua kluster ini masih dilaksanakan.
Masidi yang juga jurucakap COVID-19 bagi negeri ini berkata Sabah pada Sabtu mencatatkan pertambahan 163 kes, manakala daerah Kota Kinabalu dan Tawau masing-masing mencatatkan satu kes kematian.
Tiga daerah yang mencatatkan pertambahan kes tertinggi ialah Tawau (95 kes), Lahad Datu (25 kes) dan diikuti Sandakan (13 kes).
Daripada 163 kes positif COVID-19, sebanyak 66 kes adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 18 kes saringan bergejala, 70 kes dari kluster baharu dan sedia ada serta sembilan kes dari lain-lain kategori.
Eleanor Michelle Patrick
Sat Apr 17 2021
MASIDI: Kes indeks merupakan Pembantu Pertanian di Stesen Penyelidikan Pertanian Bukit Quoin yang disahkan positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 1 April. -Gambar fail
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Pasaran getah ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 adalah 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 700.5 sen sekilogram.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Inspirasi bermakna daripada Forum Umrah & Ziarah 2024
Usaha meningkatkan kapasiti Mekah dan Madinah bagi membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan umrah kini menjadi fokus utama kerajaan Arab Saudi.
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Penjawat awam perlu amal kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas - PM Anwar
Penjawat awam digesa untuk sentiasa mengamalkan kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas supaya dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan pantas.
Dua kluster dikesan di Sabah libatkan tempat kerja - Masidi
Kluster-kluster itu dikenali sebagai Kluster Bukit Quoin dan Kluster Jalan Damai, di daerah Tawau.