awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kontraktor direman bantu siasatan kes rasuah RM20 juta

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
10/05/2017
14:09 MYT
Dua kontraktor direman bantu siasatan kes rasuah RM20 juta
Salah seorang daripada dua kontraktor dibawa ke Mahkamah Majistret, Alor Setar hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan lebih RM20 juta. - Foto BERNAMA
Dua kontraktor direman seminggu bermula hari ini bagi bantu siasatan kes rasuah pegawai imigresen yang palsukan permohonan pegawai dagang di utara tanah air.
Kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar pagi tadi.
Majistret Naziah Mohd Alias membenarkan kedua suspek lelaki itu direman tujuh hari sehingga 16 Mei ini bagi membantu siasatan pihak SPRM mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Salah seorang suspek bergelar 'Datuk' yang berusia 53 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kira-kira jam 11 malam tadi.
Sementara seorang lagi kontraktor berusia 37 tahun ditahan di kawasan Petaling Jaya, Selangor, kira-kira jam 9.30 malam tadi.
Sebelum ini, tiga lelaki termasuk dua pegawai Imigresen Padang Besar, Perlis, ditahan SPRM Kedah bagi kesalahan rasuah membabitkan lebih RM20 juta.
Kedua-dua pegawai kanan disyaki menerima rasuah bagi meluluskan pas ekspatriat pengambilan pekerja mahir dan profesional.
Topic Berkaitan
#Kontraktor
#Mahkamah Majistret Alor Setar
#Pegawai Imigresen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan