MALAYSIA
Dua kru TLDM terlibat insiden helikopter Super Lynx dirawat di ICU, zon kuning
Adly (dua dari kiri) meninjau keadaan kru yang masih menerima rawatan di Hospital Melaka. -Foto Sinar Harian
MELAKA: Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terlibat dalam kejadian sebuah helikopter melakukan pendaratan cemas di perairan Pantai Klebang malam tadi, menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata Leftenan Komander Afiq Muzani Abdul Aziz menerima rawatan di wad berkenaan berikutan komplikasi pada paru-paru dan dilaporkan telah sedar serta berada dalam keadaan stabil, namun masih memerlukan pemantauan rapi daripada pegawai perubatan.
"Bintara Kanan (BK) Technician Marine Srimala (TMS) Mohammad Zullfika Mohiddi pula masih menerima rawatan di Zon Kuning Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka kerana cedera di pinggang dan betis kanan," katanya selepas menziarahi kedua-dua mangsa di Hospital Melaka, di sini hari ini.
Hadir sama, Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Shamsuddin Ludin.
Adly berkata dua lagi mangsa, iaitu juruterbang, Leftenan Komander Muhamad Kamal Abdul Rani dan Leftenan Mohammad Faiz Razali pula telah dibenarkan keluar selepas menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka hari ini.
Dalam kejadian pada 10.50 malam itu, sebuah helikopter Super Lynx milik TLDM melakukan pendaratan cemas di perairan Pantai Klebang ketika pesawat sedang melaksanakan penerbangan demonstrasi bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun ke-60 Grup Gerak Khas (GGK), Tentera Darat Malaysia (TDM).
Empat kru udara berada di dalam pesawat ketika kejadian dan kesemua mereka berjaya diselamatkan serta dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut.
Dalam pada itu, Adly berkata TLDM akan melakukan operasi menaikkan bangkai helikopter berkenaan pada hari ini dan akan dibawa ke Pangkalan TLDM Lumut, Perak untuk dibuat penilaian teknikal.
Beliau berkata sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan untuk menilai dan mengenal pasti punca sebenar kejadian terbabit bagi memastikan keselamatan pegawai dan anggota pasukan itu pada masa hadapan.
"Yang paling penting bagi kita ialah cara kita melihat penyelesaian kepada isu ini kerana kalau boleh kita tidak mahu perkara seumpama ini berlaku (pada masa depan).
"Jadi, semua aspek kita akan ambil kira dalam penilaian sama ada dari segi anggota dan juga teknikal termasuk keupayaan aset kita," katanya.
Sementara itu, Mohammad Zullfika berkata ketika kejadian, beliau dan rakan-rakannya sedang menunggu masa untuk membuat persembahan menyelamatkan tebusan bersempena dengan sambutan berkenaan.
Beliau berkata helikopter dinaikinya itu sedang berlegar-legar di udara tidak jauh dari kawasan persembahan sebelum nahas berlaku.
"Sudah tujuh hari kami menjalani latihan untuk persembahan pada malam tadi. Cuaca memang baik, bulan terang, langit juga tak berawan.
"Kejadian ini memang betul-betul di luar jangkaan sebab latihan dah dibuat banyak kali dan bukanlah latihan pertama yang dijalankan pada waktu malam," katanya.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Seorang pegawai TLDM yang terlibat dalam kejadian pendaratan cemas helikopter di Pantai Klebang malam tadi sedang menerima rawatan di ICU Hospital Melaka.
- Leftenan Komander Afiq Muzani Abdul Aziz dilaporkan sedar dan stabil, tetapi masih memerlukan pemantauan rapi disebabkan komplikasi pada paru-paru.
- Bintara Kanan Technician Marine Srimala Mohammad Zullfika Mohiddi cedera di pinggang dan betis kanan, masih menerima rawatan di Zon Kuning Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka.
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata Leftenan Komander Afiq Muzani Abdul Aziz menerima rawatan di wad berkenaan berikutan komplikasi pada paru-paru dan dilaporkan telah sedar serta berada dalam keadaan stabil, namun masih memerlukan pemantauan rapi daripada pegawai perubatan.
"Bintara Kanan (BK) Technician Marine Srimala (TMS) Mohammad Zullfika Mohiddi pula masih menerima rawatan di Zon Kuning Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka kerana cedera di pinggang dan betis kanan," katanya selepas menziarahi kedua-dua mangsa di Hospital Melaka, di sini hari ini.
Hadir sama, Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Shamsuddin Ludin.
Adly berkata dua lagi mangsa, iaitu juruterbang, Leftenan Komander Muhamad Kamal Abdul Rani dan Leftenan Mohammad Faiz Razali pula telah dibenarkan keluar selepas menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka hari ini.
Dalam kejadian pada 10.50 malam itu, sebuah helikopter Super Lynx milik TLDM melakukan pendaratan cemas di perairan Pantai Klebang ketika pesawat sedang melaksanakan penerbangan demonstrasi bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun ke-60 Grup Gerak Khas (GGK), Tentera Darat Malaysia (TDM).
Empat kru udara berada di dalam pesawat ketika kejadian dan kesemua mereka berjaya diselamatkan serta dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut.
Dalam pada itu, Adly berkata TLDM akan melakukan operasi menaikkan bangkai helikopter berkenaan pada hari ini dan akan dibawa ke Pangkalan TLDM Lumut, Perak untuk dibuat penilaian teknikal.
Beliau berkata sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan untuk menilai dan mengenal pasti punca sebenar kejadian terbabit bagi memastikan keselamatan pegawai dan anggota pasukan itu pada masa hadapan.
"Yang paling penting bagi kita ialah cara kita melihat penyelesaian kepada isu ini kerana kalau boleh kita tidak mahu perkara seumpama ini berlaku (pada masa depan).
"Jadi, semua aspek kita akan ambil kira dalam penilaian sama ada dari segi anggota dan juga teknikal termasuk keupayaan aset kita," katanya.
Sementara itu, Mohammad Zullfika berkata ketika kejadian, beliau dan rakan-rakannya sedang menunggu masa untuk membuat persembahan menyelamatkan tebusan bersempena dengan sambutan berkenaan.
Beliau berkata helikopter dinaikinya itu sedang berlegar-legar di udara tidak jauh dari kawasan persembahan sebelum nahas berlaku.
"Sudah tujuh hari kami menjalani latihan untuk persembahan pada malam tadi. Cuaca memang baik, bulan terang, langit juga tak berawan.
"Kejadian ini memang betul-betul di luar jangkaan sebab latihan dah dibuat banyak kali dan bukanlah latihan pertama yang dijalankan pada waktu malam," katanya.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Siapakah yang sedang menerima rawatan di ICU Hospital Melaka berikutan kejadian pendaratan cemas helikopter di Pantai Klebang?
A: Leftenan Komander Afiq Muzani Abdul Aziz dari TLDM. - Q: Mengapakah Leftenan Komander Afiq Muzani Abdul Aziz masih memerlukan pemantauan rapi walaupun dilaporkan stabil?
A: Beliau memerlukan pemantauan rapi disebabkan komplikasi pada paru-paru. - Q: Apakah cedera yang dialami oleh Bintara Kanan Technician Marine Srimala Mohammad Zullfika Mohiddi berikutan kejadian tersebut?
A: Beliau mengalami cedera di pinggang dan betis kanan serta masih menerima rawatan di Zon Kuning Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka.