MALAYSIA
Dua lagi anggota polis disyaki ambil rasuah RM635,000 direman enam hari

Tangkapan ini adalah susulan penangkapan dua anggota polis pada Rabu, menjadikan keseluruhan tangkapan bagi kes ini adalah empat suspek. - Foto SPRM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan reman dua lagi anggota polis kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM635,000 daripada seorang individu.
Ringkasan AI
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan reman dua anggota polis kerana disyaki menerima rasuah RM635,000 bagi melindungi aktiviti perjudian.
- Perintah reman enam hari sehingga 5 Ogos dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Chai Ing Hien selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Johor Bahru.
- Timbalan Pengarah Operasi SPRM Johor, Hairul Ilham Hamzah berkata kes ini menjadikan empat anggota polis ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an ditahan kira-kira jam 9 malam Rabu ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Johor.
Tangkapan ini adalah susulan penangkapan dua anggota polis pada Rabu, menjadikan keseluruhan tangkapan bagi kes ini adalah empat suspek.
Timbalan Pengarah Operasi SPRM Johor, Hairul Ilham Hamzah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami