awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pokok tualang berusia lebih 100 tahun ditebang bagi laluan projek LTU Pakej 2A
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lagi jenazah mangsa nahas MH17 tiba Ahad

Astro Awani
Astro Awani
23/08/2014
12:49 MYT
Dua lagi jenazah mangsa nahas MH17 tiba Ahad
Pada 22 Ogos, rakyat Malaysia bersatu berkabung menyambut kepulangan 20 jenazah pertama nahas pesawat MH17 - Astro AWANI
Pesawat komersial Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH19 yang membawa dua lagi jenazah rakyat Malaysia mangsa nahas MH17 berlepas jam 12.50 tengah hari Sabtu waktu tempatan (6.50 petang waktu Malaysia).
Pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, Belanda itu tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.43 pagi Ahad waktu Malaysia.
Sementara itu, pada satu sidang akhbar pada Sabtu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai berkata ketibaan jenazah Allahyarham Mohd Ghafar Abu Bakar dan Mendiang Ng Shi Ing akan disambut dengan satu istiadat tanda penghormatan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama dif-dif terhormat dan keluarga mangsa akan hadir untuk menerima ketibaan kedua-dua rakyat Malaysia ke pangkuan keluarga tersayang, kata Liow.
Liow turut menyeru orang ramai agar bersama-sama menyambut kepulangan dua lagi mangsa tragedi ini.
Pada Jumaat, 20 jenazah pertama mangsa nahas pesawat kepunyaan MAS itu telah selamat tiba dan disemadikan di tanah air.
Topic Berkaitan
#Hari Perkabungan Negara
#jenazah
#Malaysia Airlines
#mangsa nahas
#MH17
#MH19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan