Dua lagi kapal kargo melalui koridor sementara Laut Hitam
Bernama
September 3, 2023 18:45 MYT
September 3, 2023 18:45 MYT
MOSCOW: Dua lagi kapal melalui koridor sementara Laut Hitam yang ditubuhkan oleh Ukraine selepas tamat tempoh perjanjian bijirin pada Julai, kata Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, lapor Sputnik.
"Dua lagi kapal berjaya melalui koridor sementara bijirin Laut Hitam kami. Ukraine mengembalikan kebebasan sebenar pelayaran ke Laut Hitam. Kebebasan memerlukan ketegasan," menurut hantaran Zelensky pada Sabtu.
Zelensky juga menggesa rakan kongsi Ukraine untuk menyediakan lebih banyak bantuan sistem pertahanan udara bagi "melindungi kebebasan pelayaran di Laut Hitam dan seterusnya".
Ukraine menubuhkan koridor sementara di Laut Hitam selepas Rusia enggan memperbaharui perjanjian bijirin pada Julai lalu dengan mendakwa syarat akses pasaran timbal balik bagi produk makanan dan baja Rusia telah berulang kali diabaikan.
Pada akhir Ogos, media Ukraine melaporkan bahawa dua kapal kargo telah meninggalkan bandarpelabuhan Laut Hitam Odesa dengan menggunakan koridor sementara sejak berakhirnya perjanjian eksport bijirin pada Julai.