awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lagi pesawat membawa mayat mangsa pesawat MH17 tiba di Eindhoven

Hakim Rahman
Hakim Rahman
24/07/2014
16:13 MYT
Dua lagi pesawat membawa mayat mangsa pesawat MH17 tiba di Eindhoven
Foto EPA
Dua lagi pesawat membawa mayat mangsa pesawat Malaysia Airlines MH17 tiba di Eindhoven, Belanda tepat jam 10 malam Khamis waktu Malaysia.
Pesawat Hercules C-130 Tentera Udara Diraja Belanda dan C-17 Globermaster Tentera Udara Diraja Australia telah selamat mendarat di Pangkalan Tentera Eindhoven.
Kesemua mayat itu diberi penghormatan penuh adat ketenteraan.
Selain orang kenamaan, turut hadir waris serta ahli keluarga mangsa MH17, untuk memberi penghormatan yang terakhir.
Kesemua mayat berkenaan, kemudian dibawa secara berkonvoi dari pangkalan tentera Eindhoven ke sebuah kem di Hollandsche Rading untuk ujian forensik.
Kumpulan pertama mayat mangsa MH17, tiba dalam 40 keranda kira-kira jam 3.50 petang waktu tempatan, pada Rabu.
Topic Berkaitan
#Amsterdam
#Kuala Lumpur
#Malaysia Airlines
#MH17
#Rusia
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan