awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lagi unit PPDA akan ditubuhkan di Selangor

Bernama
Bernama
09/10/2018
09:59 MYT
Dua lagi unit PPDA akan ditubuhkan di Selangor
Pengarah JBPM Selangor Azmi Osman berkata dua unit berkenaan akan ditempatkan di Balai Bomba dan Penyelamat Selayang serta Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. -Foto BERNAMA
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor akan mewujudkan dua lagi Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) selewat-lewatnya awal tahun depan.
Pengarah JBPM Selangor Azmi Osman berkata dua unit berkenaan akan ditempatkan di Balai Bomba dan Penyelamat Selayang serta Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
"Buat masa ini unit PPDA hanya ada di Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan Pelabuhan Klang dengan keanggotaan berbaki 41 orang selepas enam maut ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong Rabu lepas," katanya kepada pemberita.
Beliau sebelum itu hadir majlis penyerahan sumbangan wang tunai kepada waris enam anggota PPDA yang terkorban oleh pasukan produksi filem Paskal The Movie, Kelab Pendaki Malaysia dan Persatuan Penyelamat Gunung Malaysia di sini, hari ini.
Turut hadir barisan pelakon dan pengarah filem berkenaan, Adrian Teh, Hairul Azreen, Theeban G, Jasmine Suraya Chin, dan Ammar Alfian.
Azmi dalam pada itu menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa enam anggotanya yang maut dalam kejadian berkenaan tidak mahir berenang.
Beliau berkata setiap anggota yang dipilih menjadi anggota PPDA perlu melalui ujian kecergasan, ketahanan fizikal serta kecekapan berenang terlebih dahulu sebelum dihantar mengikuti kursus berenang dan menyelamat dalam air.
"Selepas menjadi anggota PPDA mereka diwajibkan mengikuti kursus berenang dan menyelamat selama 10 jam setiap bulan untuk meningkatkan kemahiran mereka, jadi tomahan yang mereka ini tidak mahu atau tidak tahu berenang adalah tidak berasas," katanya.
Menurut Azmi, kejadian menyayat hati itu tidak sekali-kali mematahkan semangat anggotanya terutama unit PPDA untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.
"Semangat anggota kami begitu tinggi, malah saya difahamkan ada tiga anggota baharu kami sedang menjalani latihan untuk menyertai unit PPDA," katanya.
Kejadian 9.15 malam itu mengorbankan empat anggota daripada balai Pelabuhan Klang iaitu Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24 manakala dua daripada balai Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33 dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#azmi osman
#bomba
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#Pasukan Penyelamatan di Air
#PPDA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan