JOHOR BAHRU: Polis menahan dua lelaki hari ini berhubung dakwaan berpakaian wanita dan mengambil gambar kurang sopan di hadapan Laman Mahkota Istana Bukit Serene di sini serta memuat naiknya menerusi laman sosial Facebook.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata gambar tersebut kemudiannya dikongsikan semula oleh pengendali Facebook Persatuan Bangsa Johor daripada pemilik akaun Facebook Bryan Wee dan Deachon Chai.
Beliau berkata tangkapan dilakukan kira-kira 12.30 hingga 1.30 tengah hari tadi di sekitar Taman Nusa Bestari dan Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di sini.
"Kedua-duanya akan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang menimbulkan kegusaran awam dan menggugat keharmonian negara, jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
"Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian, jika disabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kamarul Zaman berkata ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua lelaki itu positif dadah jenis ketamin dan mereka turut disiasat di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Justeru, polis menyeru orang ramai supaya menggunakan media sosial secara berhemah dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat keselamatan serta ketenteraman awam," katanya.
Terdahulu, tular menerusi media sosial beberapa keping gambar kedua-dua lelaki berkenaan berpakaian wanita dan kurang sopan di hadapan Laman Mahkota Istana Bukit Serene.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 18 2022
Ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis ketamin dan mereka turut disiasat di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Facebook/PASAL JOHOR 'X'
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
'Influencer’ tunjuk mewah dipantau LHDN
LHDN telah mengenal pasti pempengaruh atau influencer di media sosial serta individu yang gemar menayang wang tunai dan kemewahan bagi memastikan mereka tidak lari daripada membayar cukai.
Guru jadikan murid 'content' media sosial bakal berdepan tindakan - Fadhlina
Guru yang menjadikan pelajar sebagai kandungan media sosial bakal berdepan dengan tindakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Sempat ketuk tingkap minta tolong, pempengaruh mati jatuh dari tingkat 68
Influencer yang terkenal dengan aktiviti ekstrem termasuk memanjat bangunan-bangunan tinggi dilaporkan meninggal dunia kerana terjatuh daripada sebuah bangunan.
Hala tuju selepas SPM, sambung belajar atau jadi pempengaruh?
Jumlah individu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak berminat untuk menyambut pengajian dilaporkan semakin meningkat saban tahun.
Influencer Korea ditemui meninggal dunia dalam kolam, berbalut selimut
Seorang influencer atau pempengaruh asal Korea Selatan dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai menjadi mangsa bunuh sepasang pengamal perubatan dan pemilik sebuah hospital tempatan di Kemboja.
Tunjuk kaya tapi tak bayar cukai: 'Influencer', pengasas produk perlu ada kesedaran
Influencer' dan pengasas produk wajar berkongsi dan memulangkan semula hasil pendapatan mereka kepada negara.
Fenomena pilih jadi pempengaruh membimbangkan
Sektor ekonomi gig terutama melibatkan golongan pempengaruh media sosial bakal mendapat persaingan ekoran perkembangan AI.
Perancis mungkin wajibkan pempengaruh labelkan foto yang menggunakan 'filter'
Peraturan itu bertujuan untuk membantu menyokong pempengaruh namun dalam masa yang sama melindungi pengguna.
Pempengaruh media sosial rugi lebih RM16,000 kerana iklan tawaran kerja
Terpedaya iklan kerja sebagai 'Live Host' yang menjanjikan komisen RM1,000 sekiranya melaksanakan kerja itu.
Jatuh dari tingkat 22, polis dedah punca kematian pelakon Syazlin Zainal
Polis tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).