awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki curi lembu naik Honda

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
20/04/2018
07:13 MYT
Dua lelaki curi lembu naik Honda
Difahamkan, kedua-dua suspek turut dibelasah penduduk kampung kerana cuba melarikan diri sebaik saja menyedari dikepung. - Foto Astro AWANI
Cubaan dua lelaki mencuri lembu dengan menyumbatnya dalam kereta gagal apabila disedari penduduk kampung di Kampung Panching, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, perbuatan kedua-dua suspek berusia lingkungan 30 tahun disedari oleh penduduk kampung yang kebetulan keluar mahu ke masjid untuk menunaikan solat Subuh.
Difahamkan, kedua-dua suspek turut dibelasah penduduk kampung kerana cuba melarikan diri sebaik saja menyedari dikepung.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung tangkapan dua suspek.
"Suspek yang ditahan oleh penduduk kampung kemudian di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk siasatan lanjut," katanya.
Katanya, polis turut merampas kereta Honda Civic FD yang dinaiki suspek untuk siasatan sama ada kenderaan itu curi atau sebaliknya.
Topic Berkaitan
#curi
#Honda Civic FD
#jenayah
#kampung panching
#kereta
#lembu
#polis
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan