awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki diberkas ketika cuba larikan kereta wanita

Bernama
Bernama
10/06/2013
14:42 MYT
Dua lelaki diberkas ketika cuba larikan kereta wanita
Polis berjaya menggagalkan cubaan dua lelaki melarikan kereta seorang wanita selepas menyamun wanita dan adiknya itu di persimpangan lampu isyarat Taman Cheras Indah di sini Sabtu lepas apabila kedua-duanya berjaya diberkas beberapa jam kemudian.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata kejadian berlaku kira-kira 4.15 pagi ketika kereta yang dipandu mangsa berumur 39 tahun bersama adiknya 33 tahun dari arah Taman Shamelin Perkasa berhenti di persimpangan lampu isyarat itu.
Katanya lelaki berusia 17 dan 20 tahun itu secara tiba-tiba datang dan membuka pintu kereta sebelum merampas beg tangan milik mangsa.
"Salah seorang daripada lelaki tersebut telah menumbuk perut mangsa sebelum menariknya keluar dan terus melarikan kereta dan juga adik mangsa," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pemberita, hari ini.
Beliau berkata mangsa terus meminta bantuan orang awam untuk menghubungi polis dan kereta peronda polis berjaya mengesan dan mengekori kereta itu.
Kedua-dua suspek ditahan selepas kereta peronda polis berjaya memintas dan menghalang kereta itu di Jalan Perdana 5/1, Pandan Perdana, di sini, katanya.
"Adik mangsa telah ditemui di dalam kereta berkenaan dalam keadaan selamat dan beliau turut membuat laporan polis kerana mendakwa telah dicabul serta cuba dirogol oleh dua suspek berkenaan," katanya.
Katanya kedua-dua suspek kini direman sehingga Khamis bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#cubaan larikan kereta
#Diberkas
#polis
#Taman Cheras Indah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan