Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

Dua lelaki didakwa bunuh jurujual wanita

Bernama 17/11/2025 | 05:55 MYT
Dua lelaki didakwa membunuh seorang jurujual wanita yang mayatnya ditemukan berhampiran bulatan Blue Water Estate, Seri Kembangan pada akhir Oktober lepas. - Foto Bernama
PETALING JAYA: Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang jurujual wanita yang mayatnya ditemukan tidak berpakaian dengan keadaan tangan terikat berhampiran bulatan Blue Water Estate, Seri Kembangan pada akhir Oktober lepas.


Ringkasan AI
  • Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh seorang jurujual wanita yang mayatnya ditemui tidak berpakaian dengan tangan terikat berhampiran bulatan Blue Water Estate, Seri Kembangan.
  • Pegawai teknologi maklumat dan pemandu lori yang dituduh menganggukkan faham tanpa pengakuan direkodkan kerana kes tersebut berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
  • Kes tersebut melibatkan pertuduhan terhadap dua tertuduh yang didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Saraswathy Chan Chee Keong, 24, di Jalan Orkid berhampiran Bulatan Blue Water Estate, Seri Kembangan antara 6.18 petang 24 Okt 2025 hingga 2.17 pagi pada 25 Okt 2025.


Pegawai teknologi maklumat K.Kaarthiek, 26, dan pemandu lori A.Hariprasanth, 23, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Saraswathy Chan Chee Keong, 24, di Jalan Orkid berhampiran Bulatan Blue Water Estate, Seri Kembangan antara 6.18 petang 24 Okt 2025 hingga 2.17 pagi pada 25 Okt 2025.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun maksimum 40 tahun, dan sebatan tidak melebihi 12 kali jika tidak dihukum gantung.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lim Leong Hui manakala peguam Sivahnanthan Ragava mewakili Kaarthiek, dan Hariprasanth diwakili peguam Kailash Sharma serta Datin Raj Preet Kaur.

Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 16 Jan ini untuk laporan kimia dan bedah siasat.

-- BERNAMA




#bunuh jurujual #mayat wanita #lelaki didakwa #Seri Kembangan #tangan terikat #terkini