Dua lelaki didenda RM5,000 menyamar sebagai polis trafik

Dua rakan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa selepas mengaku menyamar sebagai anggota polis. -Foto Astro AWANI
IPOH: Dua lelaki yang tular menyamar sebagai anggota polis trafik baru-baru ini, dijatuhi hukuman denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.
Ringkasan AI
- Dua lelaki didenda RM5,000 atau penjara 12 bulan kerana menyamar sebagai anggota polis trafik dan meminta wang daripada orang awam.
 - Salah seorang tertuduh, Wong Jiun Wei, turut didenda tambahan RM2,000 atau penjara lima bulan kerana memiliki peralatan polis tanpa kebenaran.
 - Mahkamah memerintahkan semua barang kes diserah kepada pihak pendakwaan untuk pelupusan selepas tempoh rayuan tamat.
 
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menyamar sebagai anggota polis trafik dan memperdaya dua individu dengan meminta wang daripada mangsa untuk tidak mengeluarkan saman atau tidak dibawa ke balai polis.
Kesalahan itu dilakukan di hadapan sebuah restoran di Jalan Lebuh Bercham Selamat 1, Taman Ipoh Timur Baru di sini jam 12.38 pagi pada 1 November 2025.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Jiun Wei yang bekerja sebagai juruteknik elektrik turut mengaku bersalah atas satu lagi pertuduhan di bawah Seksyen 89 Akta Polis iaitu memiliki peralatan polis.
Mengikut pertuduhan itu, dia didapati tanpa sebab-sebab yang sah memiliki peralatan polis iaitu sebuah topi berlogo Polis Diraja Malaysia (PDRM) tertulis JSPT iaitu Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dan kasut JSPT bertulis PDRM.
Ia merupakan kesalahan di bawah Seksyen 89 Akta Polis 1967 (Pindaan 2024) yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya.
Peguam kedua-dua tertuduh K Nathan memohon mahkamah agar mengenakan hukuman denda munasabah yang mampu dibayar memandangkan ia kesalahan pertama selain mereka telah memohon maaf serta kemungkinan risiko kehilangan pekerjaan kerana video kesalahan tersebut telah tular di media sosial.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, S Nishaalini memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal atas tertuduh kerana perbuatan menyamar sebagai anggota polis dan meminta wang daripada orang awam merupakan kesalahan serius.
Mahkamah kemudian menetapkan denda RM5,000 atau penjara 12 bulan jika gagal membayar denda bagi kedua-dua tertuduh manakala Jiun Wei dikenakan denda tambahan RM2,000 atau penjara selama lima bulan jika gagal membayar denda untuk pertuduhan kedua.
Kesemua barang kes juga diperintahkan untuk diserah kepada pihak pendakwaan bagi tujuan pelupusan sehingga tamat tempoh rayuan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah kesalahan yang diakui oleh Wong Jiun Wei dan Lim Boon Ping di mahkamah? A: Mereka mengaku bersalah atas pertuduhan menyamar sebagai anggota polis trafik dan meminta wang dari individu untuk elakkan saman atau dibawa ke balai polis.
 - Q: Apakah hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret kepada kedua-dua tertuduh? A: Mereka dihukum denda RM5,000 serta penjara selama 12 bulan jika gagal membayar denda.
 - Q: Apakah pertuduhan tambahan yang dihadapi oleh Wong Jiun Wei di bawah Akta Polis? A: Jiun Wei juga mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki peralatan polis tanpa kebenaran di bawah Seksyen 89 Akta Polis.
 - Q: Apakah tindakan yang diambil oleh mahkamah berkenaan peralatan polis yang dimiliki oleh Wong Jiun Wei? A: Mahkamah memerintahkan peralatan polis yang dimiliki oleh Jiun Wei untuk diserah kepada pihak pendakwaan bagi tujuan pelupusan sehingga tamat tempoh rayuan.
 - Q: Mengapa mahkamah menetapkan denda tambahan RM2,000 kepada Wong Jiun Wei? A: Jiun Wei dikenakan denda tambahan RM2,000 atau penjara lima bulan jika gagal membayar denda bagi pertuduhan kedua yang melibatkan peralatan polis tanpa kebenaran.
 

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

