awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Israel berterusan serang Gaza ketika gencatan senjata masih berkuat kuasa
Feri percuma sempena Thaipusam pada 31 Jan, 1 Feb
IWK teruskan kerja mitigasi segera susulan tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Taman Saga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki dipukul sekumpulan remaja angkara teman wanita

Sinar Harian
Sinar Harian
18/07/2022
22:20 MYT
Dua lelaki dipukul sekumpulan remaja angkara teman wanita
Tangkap layar rakaman pergaduhan yang dipercayai kerana teman wanita di Taman Bukit Pasir, Batu Pahat pada Ahad malam. -Foto Sinar Harian
BATU PAHAT: Salah faham membabitkan teman wanita dipercayai menjadi punca dua lelaki dipukul sekumpulan remaja di hadapan sebuah restoran di Jalan Kuning, Taman Bukit Pasir di sini pada malam Ahad.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian tersebut dikesan menerusi sebuah video yang tular di media sosial.
"Susulan kejadian tersebut, dua orang mangsa berusia 22 tahun telah membuat laporan polis.
"Punca kejadian dipercayai kerana berlaku salah faham antara mangsa dan suspek membabitkan teman wanita," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Isnin.
Menurut Ismail, pihaknya kemudian berjaya menangkap tiga remaja lelaki berusia 18 dan 19 tahun bagi membantu siasatan.
Katanya, semua suspek telah dibawa ke hadapan majistret dan tahanan reman dibenarkan selama empat hari sehingga Khamis.
"Polis kini giat mengesan saki-baki suspek yang terlibat. Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Taman Bukit Pasir
#teman wanita
#remaja
#pukul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan