awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki ditahan cabul kanak-kanak dalam tandas surau

Sinar Harian
Sinar Harian
05/03/2023
21:19 MYT
Dua lelaki ditahan cabul kanak-kanak dalam tandas surau
Polis tahan dua lelaki secara berasingan kerana disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di tandas sebuah surau dan rumah suspek di Bukit Sentosa, Hulu Selangor.
HULU SELANGOR: Dua lelaki ditahan secara berasingan kerana disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di tandas sebuah surau dan rumah suspek di Bukit Sentosa, di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya mengesahkan telah menerima satu laporan polis berkaitan kes itu pada jam 4.53 petang, Jumaat.
"Siasatan turut mendapati kedua-dua suspek berusia 56 tahun dan 74 tahun itu juga dipercayai menunjukkan kemaluan terhadap mangsa," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Mohd Asri berkata, bertindak atas maklumat sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor berjaya menangkap dua lelaki warga tempatan itu di dua lokasi berasingan, pada hari sama.
"Ujian air kencing terhadap kedua-dua suspek didapati negatif, mereka juga tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.
Beliau berkata, kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula Sabtu sehingga Jumaat untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (A) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan 15 (A)(i) akta yang sama.
"Kita percaya dengan tertangkapnya kedua-dua suspek, kita telah berjaya menyelesaikan kes ini," katanya.
Mohd Asri berkata, orang ramai dinasihatkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak tepat serta menularkan berita-berita yang palsu dan hendaklah merujuk kepada pihak polis atau pegawai berkuasa bagi mendapatkan maklumat yang tepat.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#cabul kanak-kanak
#tandas surau
#dua lelaki ditahan
#Bukit Sentosa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan