awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki ditahan culik wanita warga asing

Bernama
Bernama
15/08/2023
23:15 MYT
Dua lelaki ditahan culik wanita warga asing
Suspek yang direman sejak 11 Ogos hingga hari ini dilakukan di bawah Seksyen 365/385 Kanun Keseksaan kerana menculik.
KUALA LUMPUR: Taktik dua lelaki tempatan menculik wanita warga asing bagi tujuan mendapatkan wang tebusan gagal selepas mereka ditahan dalam operasi di Klang, Selangor, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A Anbalagan berkata kedua-dua lelaki berusia 31 dan 35 tahun itu ditahan pada pukul 1.30 tengah hari di sekitar kawasan Klang susulan laporan polis yang dibuat seorang wanita di Puchong yang memberitahu dua rakannya telah diculik lelaki tempatan ketika keluar berhibur.
Beliau berkata pengadu telah menerima gambar menerusi aplikasi WeChat pada 10 Ogos lepas yang menunjukkan dua rakannya telah diikat dan ditutup mata selain dia diminta untuk membayar wang tebusan sebanyak RM20,000 bagi membebaskan mereka.
"Siasatan awal mendapati wanita berkenaan mengenali suspek ketika berhibur di sebuah pusat hiburan di Lembah Klang dan pernah mengambil nombor telefon suspek untuk simpanan.
Susulan itu polis melakukan operasi di sekitar Klang pada Jumaat lepas dan berjaya menahan dua suspek berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.
Anbalagan berkata kedua-dua suspek yang menganggur dan berasal dari Selangor masing-masing mempunyai dua dan tiga rekod jenayah.
Beliau berkata kedua-dua suspek juga mengaku telah membuat kegiatan sedemikian beberapa kali selain turut dikehendaki oleh polis daerah lain di Lembah Klang.
Katanya siasatan ke atas suspek yang direman sejak 11 Ogos hingga hari ini dilakukan di bawah Seksyen 365/385 Kanun Keseksaan kerana menculik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#culik
#wanita
#warga asing
#A A Anbalagan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan