awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki ditahan curi, jual penukar bermangkin ekzos

Bernama
Bernama
19/06/2023
12:22 MYT
Dua lelaki ditahan curi, jual penukar bermangkin ekzos
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kedua-dua suspek berusia 30an hingga 40an itu ditahan di Petaling Jaya dan Jalan Ipoh, semalam.
SHAH ALAM: Dua lelaki ditahan kerana disyaki terlibat sindiket mencuri dan menjual penukar bermangkin (Catalytic Converter) ekzos kereta yang menyasarkan pelbagai jenis kenderaan diletakkan di kawasan MRT dan LRT di sekitar Lembah Klang.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kedua-dua suspek berusia 30an hingga 40an itu ditahan di Petaling Jaya dan Jalan Ipoh, semalam.
Beliau berkata berdasarkan siasatan dipercayai setiap penukar bermangkin dipotong daripada kenderaan diparkir sebelum komponennya diserahkan kepada ejen untuk dijual kepada pemborong dari pasaran luar negara yang memerlukan material di dalam ekzos iaitu platinum, palladium dan rhodium.
"Hasil soal siasat mendapati suspek mula mencuri komponen kenderaan kerana terdapat permintaan untuk mendapatkan keuntungan di pasaran luar negara.
"Anggaran komponen ini boleh dijual di pasaran luar negara antara RM500 dan RM2,500 setiap satu. Hasil tangkapan itu, polis berjaya menyelesaikan 15 kes kecurian komponen itu di sekitar Lembah Klang," katanya pada sidang media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.
Dalam serbuan itu, Hussein berkata polis merampas barang antaranya empat bilah gergaji besi, sepasang sarung tangan, dua buah jek kereta dan 45 batang penukar bermangkin ekzos.
Kesemua suspek direman selama empat hari sehingga Khamis ini untuk siasatan di bawah Seksyen 379A (1) Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#curi
#polis
#ekzos kereta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan