awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki ditahan ekoran tular kejadian lelaki mengamuk pecah cermin kereta

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
27/01/2022
08:52 MYT
Dua lelaki ditahan ekoran tular kejadian lelaki mengamuk pecah cermin kereta
Polis telah membuka kertas siasatan mengenai kes tersebut di bawah Seksyen 427 dan 324 Kanun Keseksaan. - Polis Taiping / TikTok
TAIPING: Polis telah menahan dua lelaki bagi membantu siasatan terhadap kejadian seorang lelaki yang mengamuk memecahkan cermin sebuah kereta, yang tular dalam media sosial hari ini.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, lelaki berusia 29 dan 44 tahun itu ditahan hasil maklumat orang ramai, kira-kira jam 12.55 tengah hari.
Menurutnya, polis telah membuka kertas siasatan mengenai kes tersebut di bawah Seksyen 427 dan 324 Kanun Keseksaan.
“Pada 9.10 pagi ini, pihak polis telah mengesan satu video berdurasi 1 minit 40 saat yang ditularkan di laman sosial Facebook yang bertajuk ‘A Dog Died After Being Run Over, So The Owner Decided To Take Revenge’,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya, kejadian itu berlaku di hadapan Crystal Greek Residence, Taiping.
Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki mengamuk dan memecahkan cermin belakang sebuah kereta dengan sebatang kayu.
Berdasarkan video yang tular itu, lelaki tersebut mengamuk dipercayai kerana anjingnya mati dilanggar kereta berkenaan.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid yang dihubungi terdahulu mengesahkan kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan.
Mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya boleh dikenakan, jika sabit kesalahan.
Mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat, ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#video tular
#lelaki amuk
#pecah kereta
#langgar anjing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan