[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

Dua lelaki ditahan kerana mencederakan individu di stesen minyak

Bernama 12/04/2025 | 05:45 MYT
Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai mencederakan seorang individu di sebuah stesen minyak di Jalan Mengkibol. -Gambar hiasan
KLUANG: Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes mencederakan seorang individu di sebuah stesen minyak di Jalan Mengkibol, di sini, petang semalam.

Ringkasan AI
  • Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai mencederakan seorang individu di sebuah stesen minyak di Jalan Mengkibol.
  • Suspek pertama mempunyai satu rekod jenayah, manakala suspek kedua tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata tangkapan terhadap dua lelaki berusia 29 dan 45 tahun itu dilakukan di Jalan Sekolah, Kluang pada kira-kira pukul 4.00 petang semalam, susulan penularan video kejadian berkenaan di media sosial.
"Siasatan awal mendapati suspek pertama mempunyai satu rekod jenayah, manakala suspek kedua tidak mempunyai sebarang rekod jenayah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek yang merupakan rakan sekerja itu negatif dadah, dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
#Kluang #stesen minyak #Jalan Mengkibol #cederakan individu