MALAYSIA
Dua lelaki ditahan susulan ciapan hasutan dan ugutan jenayah - Polis
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, tangkapan dilakukan selepas Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, mengesan dua ciapan tular pada Ahad lalu.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan dua lelaki masing-masing berusia 37 dan 43 tahun kerana dipercayai mengendalikan akaun aplikasi X yang memuat naik ciapan berunsur hasutan dan ugutan jenayah.
Ringkasan AI
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, tangkapan dilakukan selepas Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, mengesan dua ciapan tular pada Ahad lalu.
“(Suspek) akaun pertama ditahan reman selama dua hari bermula Isnin sehingga Selasa.
“Sementara seorang lagi suspek bagi kes kedua ditahan reman selama empat hari bermula Isnin sehingga Khamis ini,” katanya.
Hantaran di akaun X @ChongKahtze mengeluarkan kenyataan palsu berhubung dakwaan kononnya Malaysia akan diambil alih ekstremis serta akan berlaku revolusi.
“Sementara itu akaun kedua X @iFactoreal memuat naik komen mengenai serangan Israel ke atas kediaman Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.
Jelasnya, kes pertama disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, manakala kes kedua disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 akta sama.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tahanan reman ke atas kedua-dua suspek. Bagi kes pertama, suspek ditahan selama dua hari sehingga 26 Ogos, manakala bagi kes kedua, suspek direman empat hari hingga 28 Ogos.
Beliau turut mengingatkan bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang membuat atau menyebarkan kenyataan berunsur hasutan, ugutan jenayah atau yang boleh menimbulkan kegentaran awam.
“PDRM ingin menegaskan bahawa sebarang perbuatan yang mengancam keharmonian masyarakat tidak akan dikompromi. Mereka yang didapati bersalah bakal berdepan tindakan undang-undang sewajarnya,” tegasnya.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- PDRM menahan dua individu berusia 37 dan 43 tahun kerana disyaki memuat naik ciapan berunsur hasutan dan ugutan jenayah melalui akaun aplikasi X.
- Kes disiasat di bawah Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dengan kedua-dua suspek direman antara dua hingga empat hari.
- PDRM menegaskan akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang mengancam keselamatan dan keharmonian masyarakat.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, tangkapan dilakukan selepas Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, mengesan dua ciapan tular pada Ahad lalu.
“(Suspek) akaun pertama ditahan reman selama dua hari bermula Isnin sehingga Selasa.
“Sementara seorang lagi suspek bagi kes kedua ditahan reman selama empat hari bermula Isnin sehingga Khamis ini,” katanya.
Hantaran di akaun X @ChongKahtze mengeluarkan kenyataan palsu berhubung dakwaan kononnya Malaysia akan diambil alih ekstremis serta akan berlaku revolusi.
“Sementara itu akaun kedua X @iFactoreal memuat naik komen mengenai serangan Israel ke atas kediaman Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.
Jelasnya, kes pertama disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, manakala kes kedua disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 akta sama.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tahanan reman ke atas kedua-dua suspek. Bagi kes pertama, suspek ditahan selama dua hari sehingga 26 Ogos, manakala bagi kes kedua, suspek direman empat hari hingga 28 Ogos.
Beliau turut mengingatkan bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang membuat atau menyebarkan kenyataan berunsur hasutan, ugutan jenayah atau yang boleh menimbulkan kegentaran awam.
“PDRM ingin menegaskan bahawa sebarang perbuatan yang mengancam keharmonian masyarakat tidak akan dikompromi. Mereka yang didapati bersalah bakal berdepan tindakan undang-undang sewajarnya,” tegasnya.

#serangan Israel ke atas kediaman Perdana Menteri
#diambil alih ekstremis
#berlaku revolusi
#ugutan jenayah
#M Kumar