NATIONAL
Dua lelaki maut, pacuan empat roda jatuh gaung
Pasukan bomba sedang menjalankan operasi mengeluarkan mangsa kemalangan dari kawasan gaung di Jalan Penampang-Tambunan berhampiran Kampung Moyog, Penampang. - Foto Sinar Harian
KOTA KINABALU: Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke dalam gaung di Jalan Penampang-Tambunan berhampiran Kampung Moyog di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, dua mangsa berusia lingkungan 40-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi mangsa cedera dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zeno Tingalan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 8.15 malam.
“Seramai sembilan anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 28 kilometer dari BBP Penampang.
“Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda yang dipercayai terbabas sendiri sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam 50 meter,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Beliau berkata, terdapat tiga mangsa terlibat dan pasukan bomba bertindak menaikkan kesemua mangsa dari dasar gaung tersebut.
“Dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan, manakala seorang lagi mengalami kecederaan.
“Difahamkan, ketiga-tiga mangsa merupakan rakan sekampung,” katanya.
Tambahnya lagi, pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bomba telah memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera sebelum menyerahkannya kepada ambulans untuk dihantar ke hospital.
“Sementara itu, dua mangsa yang maut turut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Operasi ditamatkan pada jam 10.37 malam selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian,” katanya. - Sinar Harian