awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki mengaku tidak bersalah lakukan rompakan berkumpulan

Bernama
Bernama
29/03/2024
11:15 MYT
Dua lelaki mengaku tidak bersalah lakukan rompakan berkumpulan
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan secara berkumpulan, minggu lepas.
Halip Kalil, 53, dan Hamymurizal Mohamad, 49, yang bekerja kampung membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.
Mengikut pertuduhan, mereka bersama seorang lagi yang masih bebas merompak komputer riba, ipad dan dua telefon bimbit milik seorang lelaki berusia 30 tahun di kawasan taman PD Utama, Port Dickson pada kira-kira 4.30 petang 22 Mac lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mohamad Kamil membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM7,500 berserta syarat tambahan pasport diserah kepada mahkamah dan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan serta tidak mengganggu pengadu.
Mahkamah turut menetapkan tarikh sebutan semula kes itu pada 6 Mei ini.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya M. Kalaivaanan manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Wirdayati Shafudi dan Mendeep Singh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes rompakan berkumpulan
#keputusan mahkamah
#kes mahkamah
#Port Dickson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan