Dua lelaki yang menyamar sebagai pegawai sebuah kementerian direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes meminta suapan bernilai lebih RM75,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noraisyah Mohd Yusof mulai hari ini hingga 17 Mac selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret di sini.
Menurut sumber, kedua-dua suspek yang berusia 54 dan 25 tahun itu ditahan SPRM kira-kira pukul 4.40 petang Rabu di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Awan Besar di Lebuhraya Shah Alam.
Tambahnya, kedua-dua individu tersebut dipercayai telah bersubahat meminta suapan sebanyak RM75,000 sebagai dorongan bagi mengeluarkan surat kelulusan kuota pekerja asing oleh kementerian tersebut.
Susulan penahanan itu, SPRM juga telah menyita wang tunai berjumlah RM25,000, dua telefon bimbit, sebuah komputer riba dan beberapa dokumen berkaitan daripada kedua-dua individu tersebut.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi, mengesahkan penahanan itu.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Astro Awani
Thu Mar 14 2019
Kedua-dua suspek yang berusia 54 dan 25 tahun ditahan SPRM kerana menyamar sebagai pegawai sebuah kementerian. - Gambar fail
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
MITI bekerjasama dengan kementerian, agensi relevan tingkat bilangan pekerja mahir - Tengku Zafrul
Menerusi kerjasama itu semua pihak akan merangka perancangan yang sewajarnya untuk meningkatkan bilangan pekerja mahir Malaysia.
Kementerian, jabatan diwajibkan hantar wakil hadiri Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2023
Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan menghantar wakil seramai boleh bagi menghadiri Amanat Perdana sempena Hari Kebangsaan 2023.
Hentikan anjurkan majlis besar-besaran untuk elak pembaziran - PM
Menurut Anwar antara amalan pembaziran tersebut termasuk pembelian pakaian baharu bagi sesuatu majlis atau program yang dilaksanakan.
Timbalan Menteri sedia guna pengalaman, bantu Kerajaan Perpaduan
Barisan Timbalan Menteri yang baru dilantik bersedia menggunakan pengalaman sendiri dalam membantu kementerian masing-masing.
Kementerian berkaitan perlu capai prestasi Jualan Murah Keluarga Malaysia 100 peratus
Annuar berkata ini kerana pelaksanaan program jualan di pusat JMKM itu yang bermula pada 19 Ogos lepas, setakat ini dilihat masih menunjukkan prestasi kurang memuaskan.
Lima kementerian diminta tingkatkan jumlah lokasi PJMKM - Annuar
Annuar berharap supaya sasaran program jualan itu diadakan di kesemua 639 lokasi di kawasan DUN dapat dilaksanakan pada akhir September ini.
Kerajaan akan perkukuh pelaksanaan MyMudah - Ismail Sabri
Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) bersetuju untuk memperkukuhkan pelaksanaan MyMudah di semua kementerian, agensi persekutuan dan negeri.
Beku akaun suami ingkar bayar nafkah, KPWKM bincang dengan kementerian, agensi berkaitan
KPWKM akan cuba melaksanakan langkah itu pada tahun ini berdasarkan kerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi berkaitan.
Titah Diraja: 93 Ahli Parlimen selesai bahas, kini giliran menteri menjawab
Sesi menjawab perbahasan usul tersebut akan dimulakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sekitar jam 11.30 pagi.
Perlu ada badan pemantau bebas sorot pencapaian setiap kementerian - Noor Azlan
Badan tersebut akan memastikan ketelusan dan keberkesanan gerak kerja kementerian dalam mencapai KPI yang ditetapkan bersama.