MALAYSIA
Dua lelaki rugi lebih RM470,000 tertipu skim pelaburan, 'phone scam'

Polis menerima laporan berhubung penipuan itu daripada dua lelaki yang berumur 61 dan 56 tahun itu pada Ahad lepas. - Gambar hiasan
IPOH: Dua lelaki mengalami kerugian RM474,212.58 selepas terperdaya dengan penipuan skim pelaburan tidak wujud dan 'phone scam', di sini.
Ringkasan AI
- Dua lelaki berusia 61 dan 56 tahun mengalami kerugian keseluruhan RM474,212.58 akibat penipuan skim pelaburan tidak wujud dan 'phone scam', masing-masing melalui iklan pelaburan palsu di Facebook dan panggilan menyamar sebagai pegawai MCMC serta polis.
- Mangsa pertama membuat 14 transaksi ke enam akaun bank selepas dijanjikan pulangan pelaburan tinggi, manakala mangsa kedua diarahkan memindahkan wang KWSP ke akaun syarikat kononnya untuk siasatan, sebelum menyedari mereka telah ditipu.
- Polis menasihatkan orang ramai agar berwaspada terhadap tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan luar biasa dan tidak mudah percaya panggilan telefon daripada individu tidak dikenali, serta membuat semakan melalui portal Semak Mule atau menghubungi NSRC di talian 997.
"Tertarik dengan tawaran itu, penyelia berkenaan membuat 14 transaksi ke enam akaun bank berbeza April hingga Julai lepas, sebelum menyedari dia telah ditipu apabila masih diminta membuat bayaran tambahan kononnya untuk tujuan pengeluaran keuntungan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata dalam kes kedua, seorang bekas pekerja kilang berumur 56 tahun mengalami kerugian RM166,897.58 selepas menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai kakitangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), sekitar Jun lepas.
Abang Zainal Abidin berkata individu berkenaan turut mendakwa nombor telefon lelaki itu terlibat dengan pinjaman 'ah long' selain menyarankan dia membuat laporan polis.
"Mangsa kemudian disambungkan kepada individu lain yang menyamar sebagai pegawai polis dari Bukit Aman dan diarahkan untuk memindahkan wang dari akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ke satu akaun syarikat bagi tujuan siasatan.
"Pemindahan wang dibuat pada 7 Julai lepas, sebelum mangsa menyedari dirinya telah diperdaya dan membuat laporan polis," katanya.
Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh singkat dan tidak mudah percaya panggilan telefon mengejut daripada individu tidak dikenali.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami