awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
Ribuan menunggu pemindahan dari Gaza susulan pembukaan semula lintasan Rafah
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki warga Myanmar bebas tuduhan bunuh penyelia

Sinar Harian
Sinar Harian
04/04/2024
04:00 MYT
Dua lelaki warga Myanmar bebas tuduhan bunuh penyelia
Kedua-dua tertuduh berjumpa dengan peguam mereka. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Dua lelaki warga Myanmar dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis atas pertuduhan membunuh penyelianya, seorang lelaki warga India, empat tahun lalu.
Hakim, Datuk Rohaini Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie ke atas Maung Maung, 45 dan Mg Aung Aung, 33.
Katanya, keputusan itu diperolehi setelah mendengar keterangan saksi dan membaca hujahan kedua-dua pihak.
"Oleh demikian mahkamah melepaskan dan membebaskan kedua-dua tertuduh tanpa dipanggil untuk membela diri," katanya.
Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama telah membunuh Ajith Almaraj (22 tahun ketika kejadian) di sebuah stesen minyak Metro Park Sri Sendayan, di sini, kira-kira jam 2.30 pagi 1 Julai 2020.
Berikutan itu, mereka didakwa melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Maung Maung diwakili Peguam, Datuk Hanif Hassan manakala Mg Aung Aung diwakili Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hadi Hakimi Harun.
Seramai 10 saksi pendakwaan dipanggil sepanjang tempoh perbicaraan yang bermula Januari lalu.
Media pada 2020 melaporkan mayat seorang lelaki warga asing dengan kesan tikaman pada bahagian leher dan belakang kepala ditemui berhampiran premis mencuci kereta di sebuah stesen minyak di Sendayan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintenden Mohd Rosli Ishak dilaporkan berkata, mayat lelaki berusia 22 tahun itu ditemui pada jam 4.05 pagi selepas Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) terima maklumat daripada orang awam. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga asing
#bunuh
#dilepas dan dibebas
#Mahkamah Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan