awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua mangsa culik akan dibawa pulang secepat mungkin - Wisma Putra

Bernama
Bernama
25/03/2017
08:17 MYT
Dua mangsa culik akan dibawa pulang secepat mungkin - Wisma Putra
Kementerian Luar sedang bekerjasama dengan Kelab Putera 1Malaysia untuk membawa pulang dua mangsa culik warga Malaysia yang diselamatkan pasukan keselamatan Filipina Khamis lepas. -Gambar hiasan
Kementerian Luar sedang bekerjasama dengan Kelab Putera 1Malaysia untuk membawa pulang dua mangsa culik warga Malaysia yang diselamatkan pasukan keselamatan Filipina Khamis lepas.
Dalam kenyataan hari ini, Wisma Putra berkata Abdul Rahim Summas, 62 dan Tayudin Anjut, 45 akan diterbangkan ke Manila dengan penerbangan ihsan Tentera Udara Filipina sebelum dibawa pulang ke Malaysia.
"Kedutaan Besar Malaysia di Manila akan menghulurkan bantuan yang sewajarnya semasa ketibaan di Manila," kata Wisma Putra.
Kementerian Luar berkata kerajaan Malaysia melahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Filipina atas usaha menyelamatkan kedua-dua mangsa culik tersebut.
Abdul Rahim dan Tayudin, kru kapal tunda Serudong Tiga yang diculik oleh pengganas Abu Sayyaf di perairan Dent Haven di Lahad Datu pada 18 Julai lalu, diselamatkan pasukan keselamatan Filipina dalam satu operasi di selatan republik itu pada awal pagi Khamis.
Bagaimanapun, status tiga lagi kru yang turut diculik dalam kejadian tersebut iaitu Fandy Bakran, 26; Mohd Ridzuan Ismail, 32 dan Mohamad Jumadil Rahim, 23 belum diketahui. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Rahim Summas
#Abu Sayyaf
#Kelab Putera 1Malaysia
#Lahad Datu
#Tayudin Anjut
#Tentera Udara Filipina
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan