awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua mangsa tragedi bot terbalik di Tanjung Dawai dikenal pasti

Bernama
Bernama
30/10/2016
06:36 MYT
Dua mangsa tragedi bot terbalik di Tanjung Dawai dikenal pasti
Md Zukir berkata kedua-dua mangsa yang lemas disahkan meninggal dunia selepas tiba di jeti Pantai Merdeka. - JBPM
Dua pelancong tempatan yang ditemui lemas dalam tragedi bot terbalik di Tanjung Dawai dekat sini, pagi tadi telah dikenal pasti, kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Md Zukir Md Isa.
Beliau berkata kedua-dua mangsa dikenali sebagai Yap Wai Shiang, 19, dari Bandar Seri Damansara dan Peek Lai Yee, 34, dari Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur.
"Siasatan awal mendapati, semasa berada dalam separuh perjalanan iaitu kira-kira satu kilometer ke dataran Pantai Merdeka, kipas bot terlanggar dan terbelit pada tali sauh sebuah bot pukat tunda yang merintangi laluan.
"Sembilan mangsa berjaya diselamatkan oleh tekong bot dan bot lain yang berada berhampiran lokasi dan dibawa ke Jeti Tanjung Dawai dan Jeti Pantai Merdeka," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 10.38 pagi itu, bot yang membawa 12 penumpang serta seorang tekong dari Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka terbalik di Kuala Sungai Merbok.
Md Zukir berkata kedua-dua mangsa yang lemas disahkan meninggal dunia selepas tiba di jeti Pantai Merdeka dan kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.
"Mayat mangsa yang maut juga dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat dan hasil siasatan juga mendapati kesemua mereka memakai jaket keselamatan semasa kejadian.
"Kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR)," katanya. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alor Setar
#kuala muda
#lemas
#Pantai Merdeka
#Tanjung Dawai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan