DUNGUN: Percutian 30 pelancong ke Pulau Redang, Terengganu, berakhir tragedi selepas dua daripada mereka maut apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terbabas lalu terbalik.
Kejadian berlaku di kilometer 375.4 lebuhraya pantai timur dua (lpt 2) Bukit Besi-Ajil, Dungun kira-kira jam 5.20 pagi pada Jumaat.
Nahas itu menyebabkan mangsa Tan Poh Hwa, 42, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan tangan sebelah kanan.
Manakala seorang lagi mangsa Choo Chia Tan, 44, meninggal dunia kira-kira jam 8.53 pagi semasa mendapatkan rawatan di unit kecemasan Hospital Dungun.
Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata siasatan awal mendapati bas persiaran yang membawa 30 penumpang itu dalam perjalanan dari Tampin, Negeri Sembilan menghala ke Jeti Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu untuk melancong ke Pulau Redang.
Katanya sejurus tiba di lokasi kejadian bas yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar besi penghadang jalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.
Kejadian itu juga menyebabkan pemandu bas yang berusia 26 tahun itu cedera ringan.
Beliau berkata mangsa yang maut dibawa ke unit forensik Hospital dungun untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera dibawa ke hospital Dungun dan Hulu Terengganu untuk rawatan lanjut.
Nur Fazlizai Ali
Fri May 19 2023
Keadaan bas persiaran yang terbabas di Kilometer 375, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), Ajil menghala ke Bukit Besi, di Dungun awal pagi Jumaat. - Foto Sinar Harian
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Polis kenal pasti identiti sebenar mangsa maut kemalangan bas
Polis mengesahkan terdapat ralat berkaitan identiti seorang mangsa yang meninggal dunia akibat kemalangan membabitkan sebuah bas terbabas di Kilometer 51.3 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, semalam.
2 maut bas persiaran terbalik di Bentong
Dua penumpang yang maut melibatkan seorang lelaki warga asing manakala seorang wanita yang tidak dapat disahkan kewarganegaraannya.
Bas persiaran terbalik, 16 cedera di Bentong
Keseluruhan mangsa yang terlibat adalah seramai 16 orang yang terdiri daripada 4 warga asing dan 12 warga tempatan.
Dua pelancong asing maut, tiga parah bas persiaran bertembung lori di Semporna
Dua pelancong asing maut manakala lima lagi cedera selepas bas pesiaran yang dinaiki mereka bertembung dengan lori membawa muatan buah sawit.
Ops Tahun Baru Cina 2024: Bas persiaran ditahan, pemandu tiada lesen - JPJ
Bas persiaran itu ditahan ketika pemeriksaan dokumen ke atas pemandu dalam satu operasi di Plaza Tol Kemuning, Shah Alam.
Dua maut bas persiaran terbabas di LPT2
Bas yang membawa 30 penumpang itu dipercayai telah hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong bertentangan.
Bas bawa guru, pelajar MRSM terbalik, lima cedera
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, pemandu dan empat pelajar mengalami cedera ringan.
44 pelajar kolej, pemandu terselamat bas persiaran terbakar
Seramai 44 pelajar dan seorang pemandu terselamat selepas bas persiaran yang dinaiki mereka terbakar di Kilometer 395, Jalan Gerik, Tasek Banding, hari ini.
Bas persiaran terbakar di lebuh raya
Sebuah bas persiaran terbakar 90 peratus dalam kejadian di Kilometer 279.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, mengakibatkan kesesakan sepanjang kira-kira 9 kilometer petang tadi.
Sekurang-kurangnya 6 maut, lebih 20 cedera dalam nahas bas di Thailand
Bas itu membawa 34 penumpang dan dalam perjalanan dari Roi Et menuju ke Bangkok.