[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Bebas dalam Kes SRC RM27 Juta – Ikuti Perkembangan di Sini
NATIONAL

Dua maut dalam nahas tiga lori di Slim River

Abd Razak Mohd Ali 25/03/2019 | 14:38 MYT
Dua maut, seorang cedera dalam kemalangan membabitkan tiga buah lori di Kilometer 379.8 Lebuhraya PLUS arah utara. -Foto JBPM
Dua maut, seorang cedera dalam kemalangan membabitkan tiga buah lori di Kilometer 379.8 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat sini, Isnin malam.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Perak, Mohamad Yunus Abu, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu jam 7.18 malam.
Kedua-dua mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu dua lori tangki yang membawa muatan getah manakala pemandu lori kontena cedera.
“Tiada mangsa yang tersepit dan anggota membuat rawatan awam kepada mangsa sebelum menyerahkannya kepada pihak ambulan dan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Ibrahim Mat Isa tamat jam 8.24 malam.
#Ibrahim Mat Isa #kemalangan tiga lori #Lebuhraya PLUS #lori kontena #lori tangki #Mohamad Yunus Abu