MALAYSIA
Dua maut ditikam di Guar Chempedak: Saksi dengar mangsa jerit minta tolong
Seorang lelaki dan seorang wanita ditemukan maut dengan kesan tikaman pada bahagian badan dipercayai dibunuh di Taman Nona, Guar Chempedak, Yan, Kedah, malam tadi. - Gambar Astro AWANI
YAN: "Isteri saya dengar orang menjerit meminta tolong dan melihat ada orang bergelut dan ditikam tidak jauh dari rumah."
Itu yang diceritakan saksi kejadian, Fathi Kamil Khazali, 40, mengenai kejadian dua mangsa yang maut akibat ditikam tidak jauh dari rumahnya di Taman Nona di Guar Chempedak, di sini, malam tadi.
Kata Fathi, ketika kejadian, dia sekeluarga baru sampai di rumah selepas membeli keluar membeli barangan keperluan dan makan malam.
"Waktu itu saya dan isteri sedang memindahkan barangan yang dibeli dari dalam kereta ke dalam rumah. Tiba-tiba isteri panggil saya dan beritahu ada orang kena tikam.
"Saya keluar dan terus minta isteri masuk ke dalam rumah, takut suspek serang kami pula. Saya kemudian tengok dari jauh dan nampak ada sebuah kereta keluar dari lokasi itu sebelum lihat seorang lelaki rebah di atas jalan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian awal pagi tadi.
Sejurus itu, Fathi terus menghubungi polis dan ambulans sebelum menuju ke lokasi kejadian dan mendapati lelaki terbabit sudah tidak bergerak.
"Saya pergi ke kereta Proton Wira yang diletakkan di hadapan sebuah rumah di situ dan terkejut apabila mendapati ada seorang perempuan dalam keadaan berlumuran darah di tempat duduk penumpang hadapan.
"Keadaan wanita itu mengiring ke sebelah tempat duduk pemandu. Saya tak nampak dengan jelas kecederaan kerana hanya tengok dari luar," ujarnya.
Katanya, dia tidak mengenali dua individu terbabit dan mereka dipercayai bukan penduduk di kawasan perumahan itu.
"Saya dan isteri tak nampak wajah pelaku (suspek), cuma isteri kata dia hanya nampak ada dua orang bergelut sebelum salah seorang daripadanya menjerit meminta tolong.
"Semasa kejadian juga hujan lebat menyebabkan penglihatan kami kurang jelas. Jarak saya dengan lokasi ketika kejadian berlaku adalah kira-kira 20 meter," katanya lagi.
Dalam kejadian malam tadi, seorang lelaki dan seorang wanita ditemukan maut dengan kesan tikaman pada bahagian badan dipercayai dibunuh di Taman Nona, Guar Chempedak.
Ketua Polis Daerah Yan, Supt Mohamad Hamizi Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada 9.40 malam.
"Kejadian membabitkan seorang lelaki berumur 30 tahun dan seorang wanita berusia 28 tahun yang ditemukan mati dengan kesan kecederaan pada badan akibat ditikam dengan menggunakan senjata tajam.
"Wanita itu ditemukan di tempat duduk hadapan penumpang kereta Proton Wira di hadapan sebuah rumah manakala lelaki berkenaan ditemukan dalam keadaan tertiarap di atas jalan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihaknya masih menjalankan siasatan tentang hubungan antara wanita dengan lelaki terbabit.