KUALA LUMPUR: Dua individu dipercayai maut manakala dua lagi cedera parah selepas struktur kren tumbang lalu menghempap sebuah kenderaan di projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Kuala Lumpur.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 8.45 pagi.

Seramai 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras, BBP Tun Razak dan BBP Hang Tuah digerakkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, anggota mendapati berlakunya kejadian melibatkan struktur besi crane launcher pembinaan lebuh raya telah jatuh ke bawah dan menghempap sebuah kereta jenis Perodua Bezza.



[INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE)

"Antara mangsa terlibat merupakan pemandu kereta Bezza tersebut susulan kenderaannya dihempap besi kren berkenaan dan mengalami kecederaan parah.

BACA: Lima dipercayai terperangkap dalam runtuhan struktur sokongan binaan SUKE

"Manakala tiga orang mangsa lagi merupakan pekerja projek pembinaan tersebut.

"Dipercayai dua mangsa telah jatuh setinggi 120 kaki dan telah disahkan meninggal dunia.



Runtuh | Lima dipercayai terperangkap dalam runtuhan struktur sokongan binaan SUKE

"Seorang lagi mangsa masih tersangkut di landasan pembinaan lebuh raya dan kerja-kerja menyelamat mangsa sedang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Ketika ini operasi menyelamat masih dijalankan.