SEREMBAN: Dua maut dan tiga lagi cedera termasuk wanita mengandung manakala dua lagi terselamat dalam kemalangan membabitkan sebuah Proton Saga dan sebuah Toyota Hilux di Batu 4 1/2 Jalan Jelebu-Seremban , dekat sini, semalam.
Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban PBK II Mokhtar Mohamad berkata dalam kemalangan kira-kira 7.45 malam itu, seorang lelaki berusia 24 tahun yang merupakan pemandu Proton Saga itu dan penumpang wanita berusia 40 tahun, maut selepas tersepit dalam kereta berkenaan.
Sementara itu tiga lagi penumpang kereta itu, kanak-kanak lelaki berusia empat tahun mengalami kecederaan di tangan, lelaki berusia dalam lingkungan 20-an cedera kepala dan kaki manakala wanita mengandung berusia 29 tahun patah kaki kiri.
"Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kenderaan Toyota Hilux yang merupakan pasangan suami isteri masing-masing berusia 40 dan 41 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.
Menurutnya, dua mangsa itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan.
Beliau berkata mangsa yang maut dan cedera itu dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini untuk tindakan lanjut.
Mokhtar berkata sebaik menerima panggilan kecemasan pada 7.48 malam, 13 anggota dan pegawai dari BBP Seremban dengan dua jentera dan satu van EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 04 2021
Sebaik menerima panggilan kecemasan pada 7.48 malam, 13 anggota dan pegawai dari BBP Seremban dengan dua jentera dan satu van EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian.
NVIDIA acah kehadiran siri kad grafik baharu melalui video The Witcher IV
Apa yang menarik mengenai video acah ini ialah notis di bawah video tersebut yang mengatakan bahawa ia telah diolah menggunakan sebuah kad grafik NVIDIA yang belum diumumkan lagi.
14 vesel penangkapan ikan ditahan, nilai rampasan RM8.9 juta
Sebanyak 14 buah vesel penangkapan ikan ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM8.9 juta.
Anda kelak boleh balas mesej suara WhatsApp dengan lebih pantas
Jika sebelum ini mesej suara memerlukan pengguna tatal ke sisi atau tekan dan pilih untuk balas, ciri baharu ini memaparkan ikon khas.
Perdana Menteri baharu Perancis dijangka diumum pada Jumaat
Pejabat Presiden Emmanuel Macron mengesahkan bahawa Perdana Menteri baharu Perancis akan diumumkan pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Meta Video Seal diperkenal, tera air tersembunyi untuk video janaan AI
Video Seal adalah tera air tersembunyi untuk video janaan AI. Tera air ini tidak boleh diubah suai sama ada dikaburkan atau video dipangkas.
Lula mahu tanding semula pilihan raya presiden 2026
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden pada 2026, menurut Setiausaha Komunikasi Sosial Presiden, Paulo Pimenta pada Khamis.
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
MPV dinaiki enam pegawai imigresen terlibat nahas babit lima kenderaan
Kenderaan JIM terbabit dipercayai dalam perjalanan ke Kuala Lumpur selepas selesai tugasan di Johor Bahru.
Penunggang motosikal parah, 5 cedera kemalangan babit ambulans KKM
Seorang penunggang motorsikal wanita cedera parah manakala lima lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah ambulans dengan empat kenderaan di Jalan Kajang Perdana, di sini pada Isnin.
Pemain West Ham, Antonio stabil selepas kemalangan jalan raya
Dalam satu kenyataan, West Ham berkata, Antonio, 34 tahun, sudah kembali sedar.
Remaja maut kereta hilang kawalan bertembung lori
Mangsa yang berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Penghantar makanan maut dirempuh kereta di lampu isyarat merah
Seorang penghantar makanan maut dirempuh sebuah kereta ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Mas, Puchong pada Jumaat.
Mahasiswa maut dalam perjalanan ke kampus
Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, Muhammad Irfan Roslan, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Kemalangan di Setiu: Jenazah tiga beranak dikebumi dalam satu liang lahad
Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kampung Sungai Lerek dekat Setiu, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Maras.
Warga emas maut dalam kemalangan libat dua kereta
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta di KM46, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam.
Anggota polis cedera, kereta peronda dirempuh ketika mahu siasat kes kemalangan
Tiga lelaki cedera termasuk dua anggota polis selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM)74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Tiga beranak maut, bayi setahun selamat dalam kemalangan di Lebuhraya DUKE
Bayi lelaki berusia kira-kira setahun selamat dan dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.