awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
Roy Azman masih dirawat di hospital, pembedahan ditangguh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut, lapan cedera dalam ribut di Pulau Pinang

Astro Awani
Astro Awani
13/06/2013
23:26 MYT
Dua maut, lapan cedera dalam ribut di Pulau Pinang
Dua maut manakala lapan cedera dalam kejadian ribut dan angin kencang lewat petang semalam.
Kelindan lori pikap, jahir hussain sulaiman, 46, maut apabila tiang pemancar telekomunikasi yang terletak di atas menara Umno di Jalan Macalister runtuh dan menghempap kenderaannya.
Seorang lagi mangsa, Wong Tze Chow, 32 tahun maut dihempap pokok ketika sedang berjogging di empangan Air Itam petang semalam.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya menerima laporan kejadian ribut pada jam 6.45 petang Khamis.
Menurutnya sebanyak 21 kejadian ribut dilaporkan di beberapa kawasan di sekitar timur laut Seberang Perai tengah dan Seberang Perai utara dan di bahagian barat daya.
Namun yang paling teruk ialah apabila sebuah pemancar telekomunikasi setinggi hampir 20 meter yang terletak di atas menara Umno Pulau Pinang di Jalan Macalister jatuh dan menghempap beberapa buah kenderaan.
Tujuh buah kenderaan rosak teruk akibat dihempap struktur berkenaan, manakala sebatang paip bawah tanah di jalan itu turut pecah.
Kesemua yang cedera dikejarkan ke hospital pulau pinang untuk menerima rawatan.
“Dalam keadaan macam ni saya harap masyarakat jangan cemas, nampak kesesakan jalan sikit dan jangan cemas... dan beri kerjasama kepada anggota trafik yang jalankan tugas di jalan raya, dan pihak saya telah arah semua anggota polis untuk selamatkan sekiranya ada yang cedera.
“Kita akan hantar dengan ambulan dan pihak polis jalankan tugas dengan kerajaan negeri , bomba , dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dalam memulihkan keadaan seperti sedia kala,” kata Abdul Rahim.
Sementara itu, menurut Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Lebuh Pantai, Ismail Mohd Zin, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.55 petang sebelum sebuah jentera bersama tujuh anggota dari balai bomba Lebuh Pantai bergegas ke tempat kejadian.
“Menara komunikasi tumbang jatuh sebab angin kuat dan menghempap jalan raya... yang parah, yang bawa lori pikap, lima cedera ringgan dan kita dah tutup jalan dalam jarak 200 meter,” kata Ismail.
Kejadian turut menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk sehingga jalan tersebut terpaksa ditutup atas faktor keselamatan.
Sementara itu, pengguna Twitter turut berkongsi informasi mengenai kejadian itu.
Terkini: puncak menara UMNO Penang jatuh. twitter.com/penang_today7/…
— PenangToday (@penang_today7) June 13, 2013
Logo UMNO di menara UMNO Penang jatuh hempas lori. 2 mangsa didalam lori tersebut.
— J | J (@johanjohari7) June 13, 2013
Tumbang antenna Menara UMNO,Penang. Ribut!!! instagram.com/p/af2sBCy-p2/
— Amirullah Abdul Hadi (@amirlola) June 13, 2013
Antena menara UMNO Penang jatuh dipukul ribut. Sampai berlubang jalan raya.
— The Mamu (@TheMamuRises) June 13, 2013
Penang Umno building. Avoid using this road. twitter.com/KeiraNitely/st…
— Nur Zakirah Sulaini™ (@KeiraNitely) June 13, 2013
Struktur atas menara umno penang runtuh ke jln raya, memecahkan jln & menghempap puluhan kereta semasa ribut tadi.
— Shaupix Achmad (@saupix) June 13, 2013
Ibupej Bangunan UMNO Pg bhgn bumbung tumbang dan jatuh Jln Mcalister hancur 7 buah kereta.Pemandu trak gas cedera. twitter.com/cmlimguaneng/s…
— Lim Guan Eng (@cmlimguaneng) June 13, 2013
"@helloimamber_: UMNO building twitter.com/helloimamber_/…"dafuq man
— Beyonce (@Haafiiizaa) June 13, 2013
Keadaan semasa di bangunan umno pp twitter.com/nurkasihperak/…
— salman alfarisi (@nurkasihperak) June 13, 2013
watch this video.. just happened at Umno building Macalisted road, Penangfacebook.com/photo.php?v=10…
— SELLVA GANAPATHI (@gAnAcItIzEn) June 13, 2013
Big antenna at Umno building Macalister Rd fell. Traffic standstill in many roads #fb twitter.com/Boboboman/stat…
— Boboboman (@Boboboman) June 13, 2013
MEnara umno twitter.com/Acapz17/status…
— ♧★KIA★♧ (@Acapz17) June 13, 2013
TERKINI: Situasi di Macalister Road/Menara UMNO. twitter.com/johanjohari7/s…
— J | J (@johanjohari7) June 13, 2013
Topic Berkaitan
#Bangunan Umno
#bomba
#jalan maccalister
#Penang
#pulau pinang
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan