Dua maut, lori rempuh 11 kenderaan di Putrajaya

Sinar Harian
September 20, 2023 05:00 MYT
Nahas melibatkan enam kereta, dua lori, tiga motosikal dan sebuah motosikal polis trafik, dengan satu daripada lori terlibat dipercayai melanggar kenderaan yang sedang berhenti dalam barisan. -Foto media sosial
PUTRAJAYA: Sebuah lori dipercayai telah mengubah laluan dari lorong tengah ke kiri sebelum merempuh 11 buah kenderaan termasuk sebuah motosikal pengiring polis dalam nahas di Kilometer 5.7 Jalan Persiaran Utara di sini pada Rabu.
Kejadian kira-kira jam 10.14 pagi itu melibatkan enam kereta, dua lori, tiga motosikal dan sebuah motosikal polis trafik, dengan satu daripada lori terlibat dipercayai melanggar kenderaan yang sedang berhenti dalam barisan di jalan tersebut.

Dua individu maut dalam nahas melibatkan enam kenderaan termasuk dua buah lori di Persiaran Utara menghala ke Presint 12, Putrajaya pada Rabu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya memaklumkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat pic.twitter.com/ul3jHF9xAG

— SinarHarian (@SinarOnline) September 20, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Okay bukan salah polis pengiring. Ada lori bawa laju dan sauk semua kereta yang ada depan dia??? Astagfirulahalazim pic.twitter.com/bRuZhxH6XO

— Meowny (@syazmnnn) September 20, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kemalangan jalan raya di Putrajaya pic.twitter.com/EEGn1Taho7

— Malaywick82 (@Ahmad8219998246) September 20, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, akibat kemalangan itu dua individu maut di tempat kejadian.
"Semakan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian menghala ke Puchong berhampiran susur keluar Persiaran Timur itu mendapati sebuah lori dari arah belakang dipercayai telah mengubah haluan sebelum merempuh beberapa buah kenderaan yang berhenti di lokasi.
"Rempuhan berkenaan mengakibatkan dua individu maut manakala beberapa individu lain mengalami kecederaan," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Katanya, pemandu lori tersebut kini ditahan untuk siasatan lanjut.
"Pemandu lori terlibat akan diambil saringan air kencing untuk tindakan selanjutnya.

Kerja-kerja pembersihan dan siasatan kemalangan di Persiaran Utara, Putrajaya yang berlaku pagi tadi dan melibatkan dua mangsa maut. Nahas dipercayai berlaku apabila sebuah lori mengubah laluan dari lorong tengah ke lorong kiri dan merempuh kenderaan lain. pic.twitter.com/G44bSUOtXG

— BERNAMA TV (@BernamaTV) September 20, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Beberapa individu lain yang mengalami kecederaan telah dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang," katanya.
Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Sinar Harian
#Balai Bomba dan Penyelamat #Persiaran Utara #lori rempuh kereta #Presint 12