awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut, motosikal bertembung lori pasir

Bernama
Bernama
18/04/2017
12:43 MYT
Dua maut, motosikal bertembung lori pasir
Lori muatan pasir tidak dapat mengelak dan merempuh kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal yang tercampak ke tengah jalan. Gambar hiasan
Dua lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka bertembung dengan sebuah lori membawa muatan pasir di Kilometer 86, Jalan Lipis-Merapoh berdekatan Kampung Teluk Gunung di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azry Akmar Ayob berkata dalam kejadian 11.30 pagi itu, salah seorang mangsa Abdullah Yaakub, 54, maut di tempat kejadian manakala Mohd Fuzai Mat Ali, 53, yang membonceng motosikal itu meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Lipis.
"Kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari arah Merapoh ke Lipis dan dipercayai motosikal jenis Honda Dash yang ditunggangi mereka telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan.
"Dalam masa sama, sebuah lori muatan pasir tidak dapat mengelak dan akibat rempuhan itu, kedua-dua mangsa tercampak ke tengah jalan," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Azry Akmar berkata pemandu lori, seorang lelaki berusia 60 tahun tidak mengalami kecederaan.
Beliau berkata jenazah kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. --Bernama
Topic Berkaitan
#Jalan Lipis-Merapoh
#kemalangan
#lipis
#lori pasir
#maut
#motosikal
#polis
#Supt Azry Akmar Ayob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan