awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya

Sinar Harian
Sinar Harian
25/12/2024
04:30 MYT
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Dua maut dengan seorang daripadanya putus kaki kanan apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 130.1 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Utara), pada petang Selasa. -Sinar Harian
MUAR: Dua maut dengan seorang daripadanya putus kaki kanan apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 130.1 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Utara), di sini, pada petang Selasa.

Ringkasan AI
  • Dua individu maut dalam kemalangan di Kilometer 130.1 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Utara) pada petang Selasa.
  • Kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang hilang kawalan dan melanggar pembahagi lebuh raya, menyebabkan penunggang jatuh di lorong kanan dan pembonceng tercampak ke lebuh raya sebelah.
  • Penunggang mengalami kecederaan parah di kepala, tangan, dan badan, manakala pembonceng putus kaki kanan.
  • Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, dalam kejadian 5.24 petang, mangsa maut ialah seorang lelaki yang juga penunggang motosikal berusia 28 tahun dan pembonceng, wanita berusia 29 tahun warga Singapura.
Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Johor Bahru menuju ke Kuala Lumpur.
Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, motosikal ditunggang lelaki warga tempatan itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya.
"Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal jatuh di lorong kanan, manakala pembonceng wanita tercampak ke lebuh raya sebelah.
"Penunggang motosikal parah di kepala, tangan dan badan manakala pembonceng putus kaki kanan. Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal
#warga singapura
#kecederaan parah
#pembonceng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan