MALAYSIA
Dua maut nahas di Machang
Dua lelaki maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di Kilometer 4.4, Jalan Machang-Pasir Puteh, berhampiran stesen minyak Petronas Sungai Emas, Machang, hari ini. - Foto PDRM/via Sinar Harian
KOTA BHARU: Dua lelaki maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di Kilometer 4.4, Jalan Machang-Pasir Puteh, berhampiran stesen minyak Petronas Sungai Emas, Machang, hari ini.
Ketua Polis Daerah Machang Supt Ahmad Shafiki Hussin berkata dalam kejadian 4.25 petang itu, motosikal Yamaha Y15ZR ditunggang mangsa Mohamad Fahimi Mohd Daud@Mohd Hanafi, 34, telah merempuh kereta jenis Perodua Kelisa dipandu lelaki warga emas Mokhtar Mohd Nor berusia 67 tahun.
"Penunggang motosikal yang melalui jalan lurus tidak sempat mengelak dan melanggar kereta yang keluar dari simpang di sebelah kiri untuk memasuki simpang sebelah kanan.
"Akibat pertembungan itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan serius dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Shafiki berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta orang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Pesyiasat Trafik Insp Fatin Nurhanis Ibrahim di talian 011-19454020 atau Bilik Gerakan IPD Machang di 09-9751222..
-- BERNAMA