MALAYSIA
Dua maut nahas dua kereta di Kota Tinggi
Sebuah kereta yang terbalik dalam insiden kemalangan di persimpangan rawatan air SAJ Semangar pada Isnin. - Foto BBP Kota Tinggi.
KOTA TINGGI: Dua maut dalam nahas melibatkan dua kereta di persimpangan rawatan air SAJ Semangar di sini pada Isnin.
Ringkasan AI
Menurut Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan Khas Untuk Penyandang (KUP) Shahrulnizam Johari dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 7.09 minit pagi.
Katanya, sebaik menerima panggilan, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dengan enam anggota bomba dikejarkan ke lokasi sejauh 20 kilometer (km).
"Setibanya anggota bomba ke lokasi pada jam 7.35 pagi didapati kemalangan tersebut melibatkan dua kereta iaitu Toyota Vios yang dipandu seorang wanita berusia 47 tahun dengan Perodua Bezza yang dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun.
"Anggota bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas, namun mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan.
Tambah Shahrulnozam, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.04 pagi," ujarnya dalam satu kenyataan. -- Sinar Harian
Ringkasan AI
- Dua maut dalam kemalangan melibatkan Toyota Vios dan Perodua Bezza di persimpangan rawatan air SAJ Semangar, Kota Tinggi, pada pagi Isnin.
- Mangsa, seorang wanita (47) dan lelaki (37), tersepit dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dikeluarkan oleh pasukan bomba.
- Operasi menyelamat melibatkan enam anggota bomba dengan satu jentera FRT, dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.04 pagi.