awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut nahas tiga kenderaan di Serkam

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
13/02/2023
03:30 MYT
Dua maut nahas tiga kenderaan di Serkam
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam nahas di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) dekat Kampung Sri Mawar, Serkam. - Foto JBPM
JASIN: Dua wanita maut selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) dekat Kampung Sri Mawar, Serkam, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 pagi itu kedua-dua mangsa yang menaiki kereta sama jenis Nissan Almera dikatakan baru pulang dari bekerja di sebuah kilang elektronik di Batu Berendam.
Komander Operasi dari Balai Bomba Bukit Katil, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohamad Hamdan Sudin berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.45 pagi sebelum lapan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat kemalangan jalan raya melibatkan tiga buah kenderaan iaitu Nissan Almera, Toyota Altin dan motosikal jenis Yamaha Y15.
“Terdapat empat orang mangsa yang mana dua mangsa wanita dari kenderaan Nissan Almera meninggal dunia di tempat kejadian, seorang mangsa lelaki yang menaiki Toyota Altis pula tersepit manakala penunggang motosikal cedera ringan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Mengulas lanjut katanya, kesemua mangsa yang cedera telah diberi rawatan awal oleh unit EMRS manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Topic Berkaitan
#JBPM
#kemalangan tiga kenderaan
#Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan