awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut, seorang cedera parah kereta dinaiki langgar pokok di Kuching

Astro Awani
Astro Awani
31/10/2016
04:29 MYT
Dua maut, seorang cedera parah kereta dinaiki langgar pokok di Kuching
Anggota Polis dan Bomba mengangkat mangsa kemalangan selepas kereta yang mereka naiki terbabas sebelum melanggar pokok di Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub malam tadi. - Foto Bernama
Dua maut, seorang cedera parah manakala empat lagi cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pokok dalam satu kemalangan di Jalan Tun Abdul Rahman Yakub di sini malam tadi.
Mangsa yang menaiki kereta Proton Saga itu dikatakan baru selesai menjamu selera di sebuah restoran berhampiran lokasi kejadian dan sedang dalam perjalanan pulang sekitar pukul 11 malam. Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, DSP Alexson Naga dua penumpang yang maut dikenal pasti sebagai Nizam Farizan Abdul Malik yang berusia sekitar 20an dan Dayang Persih Awang Latip yang berusia lingkungan 50an, manakala pemandu kereta Awang Marjuki Awang Latip, 29, cedera parah.
"Empat lagi penumpang iaitu Zulkepli Abdullah,19, Asmada Abdul Malik, 16, Nor Tasha Ayuni Abdul Malik, 15, dan Nor Fatin Abdul Malik, 21, turut mengalami kecederaan," ujarnya ketika dihubungi pagi ini.
Alexson menambah lagi mangsa yang cedera parah kini dirawat di zon merah manakala empat mangsa yang cedera dirawat di zon kuning Hospital Umum Sarawak.
Menurutnya lagi, kes akan disiasat dibawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#dua maut kemalangan
#Jalan Tun Abdul Rahman Yakub
#Kemalangan langgar pokok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan